Friday, October 29, 2010

Yeay,yeay,yeayyy..balik kampung.


Alhamdulillahhh,,akhirnya aku sampai juga di kampung halamanku pada hari jumaat pukul 8 pagi. Hati melonjak-lonjak nie rasa gembira sangat..tak sabar rasanya ingin berjumpa dengan ayahanda dan ibundaku yang tercinta, tak lupa jua abang dan adik2 ku yang tersayang. Pagi nie semuanya datang menjemputku pulang ke rumah,,hi3 dalam hati berkata,,ya Allahhh,ramainyerrr...tiba2 terasa sebak didada, terharuuu…selepas bersalaman melepaskan rindu ,aku dibawa pulang ke rumah..mase dalam kereta tiba2 abah cakap kereta myvi kesayanganku ~WNP 8844~ dah rosak teruk sebab kemalangan..aku aser macam nak nangis ja bila dengar aper yang abah cakap 2..abang bawa laju sangat,abah kata abang langgar anjing!!..ya Allahh..terkejut aku dengar..tp alhamdulillahh la abang  aku ok ja..abah kata nak baiki menelan belanja yang sangat mahal sebab enjin kereta myvi 2 tak sama dengan myvi yang lain..hu3 nmpaknya,cuti nie x dapat la aku jalan2 naik kereta kesayanganku..:(
                Sampai saja di rumah, aku terus dihidang dengan nasi untuk sarapan pagi..hi3 seronok sangat makan ramai2 ngn family..dah lama dah x bersama mcm nie. Lepas makan, seperti biasa pagi jumaat ma dan aku akan ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi,,pg dengar ore ngajar..alhamdulillahh,…sebenarnya yang tulis panjang2 nie bukan nie yg aku nk citer,,hi3 tp sbnarnya nk citer bnda lain lahh..pagi 2 mase masuk bilik, aku terdengar bunyi suara anak kucing mengiow kat luar tingkap..kuat laa,bnyak kali..dalam hati nie tertnya2 nper anak kucing nie..terasa sngt2 yg die perlukan pertolongan aku..tp setahu aku,mner ada ank kucing kat umah..aku kuar umah,ble check2 tgk ada seekor anak kucing duk atas rumput dalam keadaan  basuh kuyup,,ya Allahhhh,kecianyerrrr….die kesejukannn,mgkin semalaman die dalam hujan..aku trus agkat dan kringkan bulunya..miow nie lapar susu,aku cari mak die jmp ada kt tepi umah,aku letak kt tp mak die sambil marah2 mak die “heh!!!, mu nie kang,bakpo mu tgl kokse2 nyoh anok mu niehhh??sian die sejuk kne ujan!!!eeiiii…” hihihihi..padan muka kne marah!!
                Selesai sahaja smbhyg zohor, aku terdgr lagi bunyi suara ank kucing menjerit kuat..ya Allah, nper lagi nie..aku trun bawah tgk dri mner dtgnyer bunyi 2..aiiii,rupa2nya ada lagi seekor ank kucing yg warne oren tertinggal!!..eeiii,mak die nie mmg suka tgl anak kokse2..dgn rasa simpati aku agkat miow nie pegi bagi kat mak die...hehehe..skali lagi mak die kne marah kat aku..hihihihihi ble tgk molek2, banyak juga anak die..comey2 plak 2..dalam hati nie terdetik, aku nk bela lah..keciannn anak2 die..hi3 “duk umah saya yer???,,x pa,,saya bela awak yer mak kucing???..nnt saya boleh main2 ngn anak2 awak..hihihihihi ma saya kata ada org dtg buang awak kt cni..keciannn awak..x pa lah,awak duk ja umah saya yer??...tp jgn dok berak kokse2 dah”..hehehe selesai masalah..  ari nie seronok sangat masak sama2 ngn ma..pas 2 kami makan sama2..sedihnyer sbb x dak adikku..skrg kat kedah..klu lah adik ada mesti riuh rendah la umah aku nie..cepat balik yue!!!,,kak nana rindu sngt2 niehhh,,,

Thursday, October 28, 2010

Majlis Penghargaan Rakan Pusat Islam

Universiti Pentarbiahan Syuhadah Islam, UPSI.
...::: 24 Oktober 2010 :::...
aku mendapat satu kad jemputan dari Pusat Islam...
 yang mengundangku ke majlis penghargaan rakan pusat islam pada hari rabu....
27 oktober 2010, jam 8.30 malam yang bertempat di Foyer JMK, Kolej Aminuddin Baki....
 pada mulanya kaki nie terasa berat sangat untuk melangkah ke sana kerana memikirkan jauh untuk naik bas....
 dan tambahan lagi pada waktu malam....
 tapi setelah aku fikir balik....
 aper salahnya pergi kejap...
lagipun itu adalah majlis yang baik....
 aku muhasabah diri kembali dan betulkan niat...
luruskan niatku ini hanya semata2 kerana Allah...
insyaAllah....
Alhamdulillah, akhirnya aku sampai juga di sana pada pukul 8 malam....
 kami sama2 solat isya' dan solat hajat berjemaah di surau al-Falah....
 selepas itu, kami terus ke foyer JMK, KAB  untuk menghadiri majlis tersebut....
 Sepanjang majlis itu berlansung....
 aku berasa amat tenang dan damai dengan diiringi dendangan lagu nasyid yang merdu....
ada juga ikhwan yang membuat persembahan disana sambil kami makan bersama2 akhowat yang lain....
 Alhamdulillahh, hati rasa seronok disana....
tenang....
aktiviti yang terakhir mungkin sebelum study week nie....
syukran, kerana mengundang kami ke sana.....
 dan jazakallahu khairan jazilan buat akhowat dari semua kolej....
sayang ukhti semua...
moga2 ukhwah yang terjalin diantara kita semua akan berkekalan hingga ke akhirat.....
insyaAllah.....

P/s : Alhamdulillah...syukur sangat2 ana diberi peluang yang indah ini...

Tuesday, October 26, 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.


bismillah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.
Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

Mengapa Wanita Diciptakan dari Tulang Rusuk yang Paling Bengkok?...


“Berbuat baiklah kepada wanita, karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)
Ini adalah perintah untuk para suami, para ayah, saudara saudara laki laki dan lainnya untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita, berbuat baik terhadap mereka , tidak mendzalimi mereka dan senantiasa memberikan ha-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan. Ini yang diwajibkan atas semua orang berdasarkan sabda Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam, “Berbuat baiklah kepada wanita.”
Hal ini jangan sampai terhalangi oleh perilaku mereka yang adakalanya bersikap buruk terhadap suaminya dan kerabatnya, baik berupa perkataan maupun perbuatan karena para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, sebagaimana dikatakan oleh Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam bahwa tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.
Sebagaimana diketahui, bahwa yang paling atas itu adalah yang setelah pangkal rusuk, itulah tulang rusuk yang paling bengkok, itu jelas. Maknanya, pasti dalam kenyataannya ada kebengkokkan dan kekurangan. Kerana itulah disebutkan dalam hadits lain dalam ash-Shahihain.“Aku tidak melihat orang orang yang kurang akal dan kurang agama yang lebih bias menghilangkan akal laki laki yang teguh daripada salah seorang diantara kalian (para wanita).” (HR. Al Bukhari no 304 dan Muslim no. 80)
Hadits Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam yang disebutkan dalam ash shahihain dari hadits Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu. Makna “kurang akal” dalam sabda Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam adalah bahwa persaksian dua wanita sebanding dengan persaksian seorang laki laki. Sedangkan makna “kurang agama” dalam sabda beliau adalah bahwa wanita itu kadang selama beberapa hari dan beberapa malam tidak shalat, yaitu ketika sedang haidh dan nifas. Kekurangan ini merupakan ketetapan Allah pada kaum wanita sehingga wanita tidak berdosa dalam hal ini.
Maka hendaknya wanita mengakui hal ini sesuai dengan petunjuk nabi shalallahu ‘alayhi wasallam walaupun ia berilmu dan bertaqwa, karena nabi shalallahu ‘alayhi wasallam tidak berbicara berdasarkan hawa nafsu, tapi berdasar wahyu yang Allah berikan kepadanya, lalu beliau sampaikan kepada ummatnya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,“Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Qs. An-Najm:4)

Sumber : Majmu Fatawa wa Maqadat Mutanawwi’ah juz 5 hall 300-301, Syaikh Ibn Baaz Fatwa fatwa Terkini Jilid 1 Bab Perlakuan Terhadap Istri penerbit Darul Haq

Tips Bangun Solat Subuh


Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

P/s : Panduan yang dikongsikan memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU. Sama-samalah beramal......

Sunday, October 24, 2010

Aplikasi Seni dalam Pengajaran

Seni adalah suatu bentuk dari pencerminan kehidupan manusia. Aplikasi seni dalam pengajaran dapat diwujudkan dalam pelbagai hal yang kemudiannya akan memberikan bahan pengajaran dan makna yang penting dalam pengajaran itu sendiri. Terdapat beberapa aplikasi-aplikasi seni yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan penghubungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas. Penghubungkaitan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain.
Antara aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penggabungjalinan. Penggabungjalinan ini bermaksud sebagai satu proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau dalam beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. Contohnya, seorang guru sains ingin menyampaikan sesuatu pengajaran tersebut kepada para pelajarnya dengan cara yang mudah dan senang untuk difahami. Jadi, guru tersebut akan menggunakan penggabungjalinan dimana unsur-unsur seni diselitkan dalam pengajaran tersebut melalui melakukan satu aktiviti melukis. Para pelajar perlu melukis gambar rajah sesuatu topik dalam subjek sains yang diajar oleh  guru supaya mereka lebih mudah memahami dan dapat menggambarkan situasi yang sebenar.
Selain itu, penyerapan juga adalah salah satu aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Seterusnya, penerapan juga adalah penting. Konsep penerapan ini boleh didefinisikan sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. Contohnnya, setiap sekolah telah ditetapkan bahawa setiap pelajar wajib melibatkan diri mereka secara aktif dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah seperti terlibat dalam perkhemahan, permainan, sukan dan sebagainya akan membentuk nilai-nilai murni yang diingini dan yang perlu ada pada setiap manusia. Disamping itu, para pelajar juga akan mula bergaul dengan baik dengan rakan-rakan malah juga dengan bangsa-bangsa yang lain.
Seterusnya, menghubungkaitkan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran yang diajar. Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu, proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Selain itu, menghubungkaitkan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran iaitu dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat
mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar. Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum.
Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar.Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik.
Seterusnya, untuk menggunakan penghubungkaitan seni dalam pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar tersebut. Selain itu, guru juga berperanan memberikan motivasi kepada para pelajar. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Selain itu, pengukuhan merupakan salah satu cara yang perlu digunakan oleg seorang guru untuk merangsang minda pelajar dan akan menyebabkan pembelajaran pelajar semakin meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku kearah yang lebih positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk para pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu adalah menarik dan mencabar mereka.

Sumber :  http://manshurzikri.wordpress.com/2010/05/12/aplikasi-seni-dalam-kehidupan/



Saturday, October 23, 2010

Sedihnya hati ini tak siapa yang tahu...

Ya Allah,hari ini aku rasa sedih sangat2...entahlah,aku memang tidak nafikan yang aku punyai terlalu banyak kelemahan..terlalu..aku bukan la seorang perempuan yang cukup sempurna dimata setiap orang untuk dinilai sebegitu..astghfirullahalazimm..aku akui yang aku tak layak pun untuk itu..aku cuba untuk mengubah sikap ku ke arah yang lebih baik lagi..uku cuba untuk memperbaiki semuanya tapi aku memerlukan masa!!..masa untuk merubah segala2nya...bukan mudah bagiku untuk meninggalkan semuanya dalam sekelip mata..tidak!!!..aku tidak mampu...ya Allah,kau kuatkanlah hatiku ya Allah...cekalkanlah hatiku untuk menghadapi semua ini..aku tak kuat ya Allah..aku tak kuattt!!!..bantulah hambaMu ini...aku dah tak punya siapa2 lagi kecuali padaMu ku memohon, tempat untuk mengadu....aminnn...

لاتحزن ان الله معنا
Maksudnya : jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

Alhamdulillahh...seronoknyerrr!!!!....

Hmmmmm....(muka tengah tersenyum..hi7) seronok sangat2 tak dapat digambarkan..hari nie lepas bayar tiket nak balik kampung ada orang bagi  2 helai baju..cantik sangat2..sebenarnya baju 2 baju kolej KAB ngn baju blok dorang yang lebih..hi7 ase beruntung la dapat lagipun baju blok dorang design die cantik..thanks yer sebab ingat kiter nk bagi baju 2..insyaAllah,kiter akan buat kenang-kenangan la..ini la kebaikan yang kiter dapat bila kita baik dengan semua orang..alhamdulillahhhh Ya Allah...

Nasihat : berbuat baiklah kamu sesama saudaramu, nescaya kamu akan mendapat keuntungan dan kebaikan daripadanya...hi7 (betul ka aku nie?..mengarut ja..lalalalala)

Friday, October 22, 2010

Janji...

Tarikh keramat itu,
Mengikat sebuah janji,
Walau tidak pernah bertemu,
Walau tidak pernah mengenali.

Kerana yakinkan agamaku,
Kau melangkah datang,
Kerana yakinkan agamamu,
Janji ini kuserahkan.

Ku tertunduk malu-maluan,
Kau tersipu dalam senyuman,
Dua keluarga duduk berhadapan,
Merancang sebuah penyusunan.

Hari-hari pertunangan melewati,
Bumi perlis kau redahi,
Bumi perak kujejaki,
Memburu ilmu demi redha ilahi.
Terpisah jauh dua hati,
Lautan dan benua merentangi,
Tak ternoda ikatan dek murka ilahi,
Mempertahankan kesucian hakiki.

Masa terus memintas kita,
Kau berjuang di dunia kerjaya,
Diriku berjuang dimedan sarjana,
Sama bernaung di ibu kota,
Namun syariat tetap terpelihara.

Ya Allah,
Kuatkan kami bermujahadah,
Mendamba cinta-mu yang terindah,
Cinta manusia hanyalah wasilah,
Menagih rahmat dan maghfirah.

Ya Allah,
Jangan biarkan ikatan kami dicemari,
Dengan maksiat dan keji,
Permudahkanlah urusan kami,
Memeterai sebuah janji.

~28 Disember 2009~

Wednesday, October 20, 2010

Molekul Air Zam-Zam Yang Sangat Menakjubkan...Subhanallahhh...

 Ø¨ِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّØ­ْÙ…َÙ†ِ ارَّØ­ِيم   


Penemuan  ini  sungguh  menakjubkan  dan wajib dikongsi bersama, kenapa dengan keizinanNYA  air  penawar  boleh  menyembuhkan  penyakit,  baca  dan hayatilah petikan dibawah:

Petikan ceramah oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Diantaranya :

Air  merupakan  salah satu rahmat Allah SWT kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah SWT.

Ustaz  kemudian  bercerita  bahawa  dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar  mengenai  AIR  yang  mana  kebanyakan  peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang.

Penceramahnya  seorang  Profesor  yang  pakar  tentang  air  dari Jepun. Beliau menunjukkan  hasil  kajiannya  mengenai air, beberapa “slide” ditunjukkan dan dipancarkan  dilayar  putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil  dari berbagai sumber air (sungai,laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka  terpancarlah  berbagai-bagai  rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu  jelas  (dengan  telinga  yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang  menggerunkan  dan  menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel  air  yang  lain  tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang  saya  nak  tunjukkan  sampel yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”
Profesor  itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang  tersusun  cantik  berupa  seolah-olah seperti  berlian(bersegi-segi) ,bersinar- sinar   dan   sinarannya  mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi  12 warna.


Lalu profesor bertanya  “Siapakah di antara  kamu  semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan  kemudian,  Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor  berkenaan  memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini”  JawabPensyarah. Profesor  berkata  ”Saya  tak  tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”
Kemudian  Professor  mengatakan  bahawa,  kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa  bentuk  molekul-molekul  air.  Lalu  didalam dewan itu mereka membuat “experiment”  bagaimanakah  yang  dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk  molekul-molekul  air.  Semua  hadirin dikehendaki  membaca sesuatu kepada  air  mineral  masing-masing.Lalu seorang  ”volunteer” bangun untuk menguji  bagaimana  rupa  air   yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak  molekul  air membentuk seolah-olah  seperti  tokong  cina (dengan janggut yg panjang dan perut yang buncit).

Bila  tiba  giliran  Ustaz,  air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat   Kursi   maka   nampaklah   rupa  molekul  air  seperti berlian dan berkilau-kilau. Lalu  Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang  ayat/kata-kata  yang  tidak baik…maka nampaklah diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah. ….  daripada  ceramah  yang  Ustaz sampaikan ini marilahkita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.Ini  adalah  kata-kata  dari  Ustaz  Abdullah :

“Jika hendak air itu merasa manis  maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna  dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.  

 


MasyaAllah, cantiknya. Subhanallahhh....

Seindah Pohon Semalu...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. tetibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. 

Doa Ketika Jatuh Cinta...

Allahu Rabbi, 
aku minta izin Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta 
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang 
Hingga membuat lalai akan adanya engkau Allahu Rabbi, 
aku punya pinta Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta 
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas 
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh Allahu Rabbi, 
izinkanlah Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta 
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu 
Dan membuatku semakin mengagumimu Allahu Rabbi 
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta Pertemukanlah kami 
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu 
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir 
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta 
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu 
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu 
Amiiinnn.......

Fadhilat jadi Isteri!!!

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

Menghamilkan benih suami
 Fadhilat : mendapat pahala syahid

Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. Dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!


Monday, October 18, 2010

Tuesday, October 12, 2010

Kesenian Batik Warisan Budaya Malaysia

Sejarah

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Motif
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Rupabentuk Kain Batik Sarung
Contoh Motif Organik.
Motif Ayam
Motif
Bunga Buluh
Motif Bunga Kerak Nasi
Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Raya
Motif
Daun Sireh
Motif Geometrik
Motif Pucuk Rebung
Motif Rama-rama
Motif Siput

Motif Ayam

Contoh Motif Geometrik.
Motif Pucuk Rebung
Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Raya

Motif Siput

Motif Pucuk Rebung
Corak

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
Corak Berdiri
Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh
Corak Menyerong
Corak Tompok-tompok
Corak Ulangan Batu-bata
Corak Ulangan/Selang seli


Blok penerap batik
Proses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
Blok penerap
Campuran lilin
Kain
Pencelup
Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Penjenisan Kain Batik
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Proses menerap kain menggunakan blok corak
Batik Conteng


Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Proses mencanting kain
Batik Skrin


Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
Penggunaan

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Sumber : http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm

Kesenian Ukiran Logam Warisan Budaya Malaysia

Pengenalan

Pengenalan Di Semenanjung Malaysia penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Kepandaian menggunakan bahan logam di zaman purba adalah sesuatu yang sangat menarik kerana logam adalah bahan yang tidak boleh dipecah-pecahkan untuk menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang diperbuat daripada batu. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat logam yang dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata tradisional, peralatan rumah, perhiasan diri serta barangan-barangan lain. Maklumat berkaitan seni ukiran logam daripada perak dan tembaga akan dipaparkan menerusi bidang ini.

Ukiran Tembaga
Ukiran tembaga
Logam tembaga ditemui manusia kira-kira 8000 tahun sebelum Masehi. Sekitar 4500 kemudian, manusia menemui teknik untuk mencampurkan tembaga dengan timah. Campurai atau aloi dua logam itu dikenali sebagai gangsa. Di Greece, Zaman Gangsa bermula sebelum 3000 SM dan di China, sekitar 1800 SM. Kemahiran kerja logam dipercayai diketahui di Asia Tenggara sejak lama sebelum era Masihi lagi. Ekskavasi arkeologi di Phumi Mlu Prey, Kemboja telah menemui kesan-kesan kerja pengacuan gangsa dan besi yang diusahakan sebelum abad pertama Masihi. Artifak gangsa juga telah diperolehi daripada ekskavasi yang dijalankan di tapak tamadun Dong Son, Vietnam yang wujud antara abad kelima dan abad pertama SM. Di Malaysia, artifak gangsa yang tertua ialah genta (loceng) yang ditemui di daerah Klang yang banyak mempunyai persamaan ciri dengan genta gangsa Dong Son. Artifak tembaga yang tertua pula ialah gong yang ditemui di Terengganu. Perusahaan tembaga di negara ini kebanyakannya berpusat di pantai timur Semenanjung iaitu di Kelantan dan Terengganu. Tukang-tukang tembaga yang mahir dikenali sebagai 'pandai tembaga'.

Proses Pembuatan

Di samping warnanya yang lebih menarik, tembaga cair pada suhu yang lebih rendah berbanding besi, iaitu kira-kira 1000 darjah celcius. Ini menjadikan tembaga lebih mudah dibentuk. Kraftangan tembaga di Malaysia dihasilkan melalui dua kaedah utama iaitu acuan penghapusan lilin dan goresan timbul.
Acuan Penghapusan Lilin. Teknik ini boleh dibahagikan kepada empat langkah;

Pembentukan - proses membentuk kayu untuk dijadikan asas acuan dan merangka bentuk dan corak barang yang akan dihasilkan.

Membuat Acuan - Proses membuat kelonsong atau teras bentuk barang yang diingini. Acuan dicelup ke dalam lilin berulang kali mengikut ketebalan yang dikehendaki. Kemudian lilin dilarik supaya seimbang dan sama rata, sesuai dengan bentuk luar barang itu. Lilin yang telah siap dilarik, ditampalkan dengan tiga lapisan tanah liat halus.

Lebur/Menuang - Proses mencairkan campuran logam dan memasukkannya ke dalam acuan. Tembaga dileburkan di dalam bekas khusus menggunakan api dapur yang dipanggil relau. Api relau juga digunakan untuk mencairkan lilin di dalam tanah liat halus. Lilin cair itu dituang keluar, meninggalkan rongga yang membentuk acuan. Dalam satu variasi teknik ini, lilin acuan dibalut dengan campuran tanah liat, pasir dan sekam padi. Apabila acuan dibakar , lilin mencair dan menyerap ke dalam campuran pembalut itu. Cairan tembaga lebur dituangkan ke dalam acuan itu dan ditinggalkan hingga sejuk dan membeku. Kemudian, tanah liat yang dijadikan acuan itu dipecahkan untuk mendapatkan barangan tembaga yang masih kasar permukaannya.

Mencuci/menggilap - Proses ini melibatkan kerja-kerja pengemasan yang merangkumi mencuci, memateri,mengikis dan menggilap. Tompok-tompk hitam dan logam yang berlebihan pada barang yang dikeluarkan dari acuan, dikikis hingga bersih. Ciri-ciri yang tidak dapat dibentuk di dalam acuan, dipaterikan. Kemudian barang itu digosok dengan kertas pasir dan digilap dengan sejenis kimia yang memberikan kemasan halus dan berseri.
Kemasan

Semua barang yang telah siap digilap diperiksa untuk memastikan tiada kecacatan. Jika terdapat lubang halus, misalnya, lubang itu ditampal dengan timah hitam. Biasanya bahan-bahan tembaga dihiasi dengan biku-biku di kelilingnya. Motif yang popular banyak yang berbentuk geometri, awan larat dan bunga-bungaan. Untuk rekacorak yang lebih halus dan rumit, kaedah goresan timbul atau etching digunakan. Mula-mula rekacorak itu dilukis dan diambil gambarnya. Kemudian negatif gambar itu disalutkan selapis kimia khusus dan diturunkan ke atas permukaan tembaga.
Goresan/ukiran timbul Satu lagi teknik kerja kraftangan tembaga ialah teknik ukiran timbul atau tooling. Dalam teknik ini, kepingan tembaga ditekan supaya alat runcing yang tumpul supaya permukaannya timbul, membentuk gambaran yang dikhendaki. Ruang yang tenggelam itu kemudian diisikan dengan sejenis gala yang mengeras dan memastikan gambaran yang terhasil tidak kemek.
Alat dan Proses

Kelengkapan utama yang diperlukan untuk kerja mengukir tembaga ialah penukul kayu, gunting, set alat pengukir, penggilap dan cat gelap. Proses mengukir melibatkan langkah berikut:
Rekacorak yang ingin dihasilkan dilukis selengkapnya di atas kertas. Kemudian rekacorak itu dipindahkan ke kepingan tembaga samada dengan menekapnya atau dengan membuat lukisan bernisbah, mengikut saiz yang diperlukan.

Kepingan tembaga yang tertera dengan rekacorak, diletakkan di atas sehelai kain selimut atau beberapa helai kertas yang dibentangkan di atas permukaan rata. Alas kain atau kertas ini membolehkan permukaan tembaga yang ditekan atau diketuk tenggelam tetapi tidak mencalarkan permukaan di sebaliknya.

Dengan gaya memahat, penukul dengan cermat diketukkan ke kepala alat ukir, hingga permukaan keping tembaga perlahan-lahan lekuk. Kemudian bahagian yang lekuk itu diisikan dengan bahan lepa. Sekarang, biasanya simen digunakan sebagai bahan lepa, tetapi dahulu gala dempul lebih kerap digunakan. Dempul ialah campuran kapur dan minyak jarak.

Apabila lepa kering, cat gelap disapukan pada seluruh permukaan rekacorak. Kemudian, setelah cat kering, rekacorak itu digilap. Dalam proses ini, bahan penggilap disapukan pada bahagian-bahagian tertentu untuk menanggalkan cat dan menyerlahkan warna dan cahaya tembaga. Apabila siap, kepingan tembaga hasil kraftangan dibingkaikan.
Penggunaan

Biasanya hasil kraftangan ukiran tembaga ialah tulisan khat berupa ayat al-Quran yang dipamerkan di dinding-dinding dan ambang pintu masjid dan rumah. Selain itu, ukiran tembaga juga digunakan sebagai mural atau lukisan dinding untuk menghias pejabat, atau sebagai plak untuk memperingati sesuatu acara.

Ukiran Perak
Mengetuk corak pada logam perak
Seni pertukangan perak merupakan salah satu daripada cabang kesenian orang Melayu yang amat terkenal di Negeri Kelantan. Kesenian perak ini dikatakan adalah agak baru jika dibandingkan dengan kesenian-kesenian ukiran yang lain. Kemahiran bertukang orang Melayu dipercayai memang sudah ada sejak zaman berzaman lagi, iaitu hasil pengaruh tamadun 'Hindu' yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti tembaga dan emas. Dengan ini, perusahaan barang-barang perak ada kaitan rapat dengan bidang perusahaan emas dan tembaga kerana terdapat persamaan dari segi pembuatannya. Dari segi sejarah umumnya, didapati manusia mula menggunakan wang perak pada zaman 800 SM dan sejarah ukiran perak di Kepulauan Melayu pula muncul sejak dari zaman Sri Vijaya lagi dan terus berkembang hingga ke daerah-daerah lain di nusantara. Ukiran perak seterusnya telah berkembang ke tahap industri kampung atau cottage industry apabila Inggeris datang ke Tanah Melayu pada abad ke 18 dan memajukan perusahaan ini.

Reka corak & Motif

Masyarakat yang mengenali seni pertukangan perak akan mengakui bahawa seni ukiran perak mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan bukan pada seni rupa atau rekabentuk sesuatu ciptaan itu sahaja, malahan juga pada pengolahan satu-satu motif dalam rekacorak awan larat dan falsafah yang terselindung di sebaliknya mengikut daya imaginasi jiwa pencipta awan larat. Rekacorak dalam pertukangan perak merupakan ciri terpenting yang dikira dapat membezakan di antara rekacorak Melayu tradisi dengan rekacorak masyarakat lain di samping dapat menghuraikan segala aspek yang tertentu terhadap sejarah dan perkembangannya.

Motif dalam seni ukiran perak terbahagi kepada tiga iaitu motif bunga-bungaan, motif tumbuh-tumbuhan dan binatang.

Motif Bunga-bungaan Jenis-jenis bunga yang selalu dijadikan motif dalam rekacorak pertukangan perak ialah:
Bunga Mentari
Bunga Padi
Bunga Kiambang
Bunga Senduduk
Bunga Teratai
Bunga Dahlia
Bunga Langsat
Bunga Mawar
Bunga Orkid
Bunga Kelambu
Bunga Manggis
Bunga Melur
Bunga Raya
Bunga Baling
Motif Flora

Tukang-tukang perak Melayu menggunakan alam tumbuhan yang dilihat dalam alam sekelilingnya sebagai sebagai asas untuk menghasilkan satu rekacorak. Tumbuhan-tumbuhan yang biasa digunakan adalah dari kumpulan yang hidup menjalar dan boleh dijadikan sayur atau ulam seperti;
Ukiran pada barangan perak
Daun Sembung Bidadari Pucuk Kangkung Daun Dalur Pucuk Paku Daun Sekati Lima Sulur Kacang Botol Daun Labu Sulur Kacang Panjang Daun Kundur Buah Cili Pucuk Petola

Motif Fauna

Kadang-kadang terdapat juga motif-motif rekacorak yang menggunakan bentuk-bentuk haiwan. Bagaimanapun motif-motif seperti ini tidaklah digambarkan dalam bentuk yang nyata. Kebanyakan bentuk binatang yang digunakan dalam rekacorak ukiran perak masyarakat Melayu ialah binatang ternakan seperti ayam dan burung. Disamping motif binatang terdapat juga motif serangga dalam rekacorak pertukangan perak ini.

Motif-motif binatang yang biasa digunakan ialah ; Gajah Burung Kuda Jari Lipan Ikan Belanak Rama-rama Patung-patung Kumbang Lalat/lebah

Proses Pembuatan

Proses membuat barang perak berbeza-beza, bergantung samada barang yang hendak dihasilkan itu kasar (besar) atau perhiasan halus. Barang kasar merangkumi kendi, tepak sirih, kaki lilin dan kotak borang kemas, cucuk sanggul, kerongsang, pin baju dan sebagainya. Manakala barang perhiasan termasuk cincin, gelang, rantai dan sumpamanya.

Prosesnya adalah seperti berikut;
Proses melebur adalah peringkat awal dalam kerja pertukangan perak. Perak mentah, berbentuk butir atau biji akan dipanaskan hingga cair atau di dalam acuan khas yang diperbuat besi penuang. Perak cair pada suhu 96 darjah celcius.

Perak yang cair itu dituang ke dalam acuan besi menuang. Besi menuang mempunyai dua bentuk iaitu yang berbentuk leper bagaikan pinggan dan yang membentuk dawai kasar.
Proses yang paling rumit dalam pertukangan perak ialah proses pembentukan barang yang ingin dihasilkan, daripada kepingan, atau dawai atau gabungan kedua-duanya. Bentuk barang itu hendaklah seimbang dan rata atau melengkung dengan tekal. Jika barang peranggu (set) yang dihasilkan, barang-barang yang sepatutnya sama besar mestilah sama besar.
Mengukir logam emas

Untuk barang kasar, pertama, tukang perak membuat pasolan iaitu rangka barang itu dengan ukuran seperti yang dikehendaki. Pasolan dibuat daripada zink nipis atau kertas tebal. Kemudian, perak leper daripada acuan diketuk di atas andas kayu yang rata, berlubang atau berbonggol. Seringkali dua atau tiga kayu andas diperlukan untuk mendapatkan sesuatu bentuk yang direka. Barang kasar jarang yang dapat dibentuk daripada cuma sekeping perak, biasanya beberapa bahagian diperlukan. Bahagian-bahagian itu dibentuk secara berasingan dan kemudian dicantum dengan pateri. Sebelum dipateri, bahagian-bahagian itu dibersihkan daripada kotoran, terutama minyak yang boleh menjejaskan cantuman. Untuk barang perhiasan halus, tukang lebih sebabg bekerja dengan perak dawai. Penggunaan dawai juga mengurangkan kemungkinan pembaziran kerana perak logam yang mahal.

Barang kasar yang telah siap dibentuk, dikemaskan dengan corak hiasan dengan menggunakan 'teknik pahat' atau 'teknik tebuk' (gergaji). Kemudian barang itu dicuci dengan besi penggosok, dikikir dengan kikir halus dan dipelas dengan kertas pasir.

Proses yang terakhir ialah proses menggilap. Barang-barang perak digilap dengan menggunakan air sabun dan berus dawai tembaga halus untuk menghapuskan kekotoran yang berminyak dan seterusnya menyerikan barang itu. Banyak barang kraftangan perak dihasilkan atas tempahan khusus.
Penggunaan

Jika dahulu, golongan bangsawan dan pembesar negeri yang banyak membuat tempahan, sekarang tempat mereka telah diambil alih oleh usahawan di sektor pelancongan, terutama pengusaha perhotelan. Dengan perubahan gaya hidup masyarakat, selera pengguna juga berubah. Kini kraftangan perak telah dipelbagaikan kegunaannya. Banyak yang dijadikan cenderamata tetapi tidak kurang juga yang mempunyai kegunaan walaupun berbentuk perhiasan. Contohnya, penyangkut kelambu, cangkir, pinggan peranggu, kaki lilin, bekas abu rokok dan juga perhiasan diri seperti gelang dan rantai.

Sumber : http://malaysiana.pnm.my/04/0413ukir_logam.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...