Tuesday, January 25, 2011

...::: Kaki Saya Lebih Bersih Daripada Muka Saudari :::...


Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. 

 Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki(washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki (dengan suara dikeraskan).

Ulama: Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? (dengan suara lembut dan penuh rendah diri)

Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari (dengan sifat angkuh).

Ulama: Saya mencuci kaki saya sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.


Nota sayang : Urusan agama di mana-mana pun kena buat. Atas darat ke, di awangan ke, bila tiba masanya, kerjakanlah. Jangan pandang hina pada yang mengerjakan tanggungjawabnya. Kita semua ada tanggungjawab yang sama. Kalau tak nak tanggung, pandai-pandai la jawab nanti di muka pengadilan Allah..

Sunday, January 23, 2011

☆。★ Kisah Kami 13 Berjaulah ☆。★

Dimulakan dengan bismillah…
Disudahi dengan Alhamdulillah…
Eh3…
Ana baru ja nak mula…
Belum sudah lagi laaa…
Hihihihi
Seperti biasa…
Awal kalam bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah ana masih lagi dikurniakan nikmat yang begitu besar…
Subhanallah…
Disini ana ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan sahabat semua…
Mudah2an dengan perkongsian ini…
Dapat memberi sedikit ibrah daripada apa yang telah ditentukan…
insyaAllah…

…::: BERMULALAH AL-KISAH AKHOWAT UPSI :::…

…::: Program Obor Semangat :::…
…::: 20hb januari 2011 :::…
…::: khamis :::…

Jam 7.47am…
train akan bertolak dari KTM Tanjung Malim untuk ke Ipoh…
jadi kami bersepakat seramai 13 orang akhowat dari UPSI…
bertolak dari kolej masing2 pada jam 6.20am…
tapi setiap apa yang dirancang tu…
kadang2 ada jua yang tidak menjadi seperti yang dirancang…
dan itulah yang terjadi kepada kami2 semua…
yang mana 4 akhowat daripada 13 terlepas train…
ana dan akhowat yang lain terpaksa pergi dulu…
tapi Alhamdulillah…
pakcik guard train 2 gtau kami suh akhowat yang tertinggal 2…
naik train laju…
dan seperti mana yang kami tahu…
tiketnya memang mahal la…
lebih 2 kali ganda daripada tiket yang kami beli sebelum nie…
tapi alhamdulillah la…
akhowat dapat handle masalah nie dengan baik…
lagi2 kami yang dalam train nie memang mengelabah juga la…
tapi dengan semangat yang diberikan oleh mas’ulah kami…
Alhamdulillah…
Semuanya kembali dengan tenang…

…::: DEWAN AL-GHAZALI, MASJID NEGERI PERAK :::…

Alhamdulillah…
Kami telah selamat sampai di Ipoh…
Kami jalan2 sikit menuju ke Dewan Al-Ghazali…
Akhirnya sampai jua…
Cuma akhowat yang terlepas train tadi ja lambat sedikit sampai…
Tapi Alhamdulillah…
Semuanya selamat dan dipermudahkan oleh-Nya…
Aminnn…
Selepas sesi pendaftaran…
Kami2 bersedia untuk memulakan slot pertama untuk daurah pada hari tersebut…
Dan boleh ana katakan keseluruhan program ini…
banyak memberi manfaat kepada ana…
insyaAllah…
disamping itu…
perkongsian pengalaman dakwah dari akhowat yang berpengalaman jua banyak memberi ibrah kepada ana…
mudah2an ana akan terus istiqamah dijalan-Nya…
insyaALLAH…

Pengalaman yang menarik juga ana dapat rasai…
Jeng…jeng…jeng…
Hihihihi…
Antaranya ialah :-
Menggunakan ****** bergerak!!!...
Hihihihi…
Pengalaman pertama ana tuuu…
Akhowat lain pun sama…
Pastuuuuu…
Yang nie paling besttttt!!!...
Jaga babyyy!!!…
Hihihihi…
Ana berpeluang jadi ibu kejap…
Main2 ngan baby Solehuddin sampai die tertidur di riba kami2…
memang seronok lah…
selain itu…
ana jua sempat berkenalan dengan akhowat dari university lain…
dan jangan terkejut…
ada juga akhowat dari Korea dan New Zealand…
sempat juga mereka menceritakan suasana disana…
ana paling teruja kat Korea lah…
maklumlah…
memang impian ana nak ke sana…
mudah2an tercapailah impian ana nie…
pergi dengan akhowat ramai2 lagi besttt…
insyaAllah…
berjaulah kat sana yer???...

jam 4.30pm daurah pun berakhir…
kami bersalaman dan sedih mula terasa…
best sangat bersama akhowat…
insyaAllah…
ilalliqa’ ukhti2 semua…

kami jalan2 sikit untuk ke KTM Ipoh…
sempat lagi kami bergambar tuuu…
kenangan untuk kami semua berjaulah bersama…
mudah2an ikatan yang terjalin ini akan terus kekal…
hanya kerana Allah…
insyaAllah…
gambar2 yang diambil x dak kat ana…
hiiii…
x pa…
aper yang penting???
Ana…
sayang antunna semua kerana Allah…

…::: PERISTIWA KELAKAR DI DALAM TRAIN :::…

Kami2 semua akan bertolak balik ke TM pada jam 6.00pm…
Seat ana 6c…
Ana carilah…
Nak tahu x???...
Ana cari seat tuu bukan tengok kat atas tapi tengok kat bawah…
Ntah papa laaaa…
Seorang akhowat tegur ana…
“Laaaa,tengok kat atas la…”
Semua akhowat tergelak2 tengok muka ana dah memang blur2…
Hadoiiii….
Malu!!! Malu!!! Malu!!!
Lepas tuuu…
Seorang lagi nie ukhti *******
Masa kami baru ja naik train…
masing2 dah pegang elok2 dah tiket tapi ntah la  ukhti yang sorang nie…
tiketnya hilang…
kelam kabut die cari tapi tak juga jumpa2…
yang pakcik 2 pun dah pun dok tunggu nak tiket…
last2…
ada seorang ukhti nie mintak beg die nak cari…
sahabat tahu aper???...
ha,aper???
Jumpa laaaaa…
Sekali lagi kami2 tergelak…
Hihihihi…
Memang banyak la kenangan terindah kami…

…::: IBRAH DARIPADA JAULAH :::…

·        Tepati janji dan tepati masa dengan baik
·        Bila ada program jaulah, perlulah bermalam di BT kot
(peringatan untuk diri ana jua)

P/s : Alhamdulillahhh,syukur padaMu…sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu akan ada hikmahnya…kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya…sesungguhnya setiap halangan dan cabaran yang dihadapi itu adalah ujian yang sangat kecil kepada kita jika mahu dibandingkan dengan pahit getir yang dihadapi oleh Rasulullah di dalam berdakwah…betapa hebatnya!!semoga kita semua terus istiqamah dijalanNya…insyaAllah…sayang antunna semua kerana Allah…

...::: WeEk EnD yAnG bEsT :::...

Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Hmmm…
Malam nie ana rasa nak tulis2 la cikit kat sini…
Saja ja nak berkongsi sedikit aktiviti ana semasa weekend nie…
Weekend sebelum cuti raya cina la katakan…
Hiiii…
Aser weekend nie banyak sedikit pengisian yang bermanfaat…
insyaAllah…

::: Jumaat : 21hb januari 2011 :::

Pagi2 lagi bersiap sedia untuk ke tadika kurnia minda…
Dan ana juga ke taskanya…
Besttt sngt3…
Teruja ana bila berada kat sana…
Sampai ja ana sangat excited tengok kanak2 duk main2 kat lua…
Tersenyum sendiri ana…
Bila jumpa ngan pengurus tadika tuuu…
Fuh!!!...
Terkesan weiii…
Banyak ilmu yang diselitkannya semasa kami berbincang…
Ana sangat tertarik dengan caranya…
Dan ianya sangat2 mengembalikan ana ke dunia yang nyata…
Ya Allah…
Apa ja yang dah ana buat selama nie?...
Dapat apa?...
insyaAllah…
peringatan untuk diri ana sendiri…
mudah2an…
aminnn…
selepas itu…
ana dan sahabat hadiri *******
Alhamdulillah…
Banyak manfaatnya…
insyaAllah…

::: Ahad : 23hb januari 2011 :::

Hari nie macam2 aktiviti yang best…
Jam 7.15am ana turun ke padang KUO…
Nie untuk program medan KUO/KHAR…
CERGAS DAN CERDAS
Mula2 ianya dirancang oleh medan KUO…

Tapi x sangka pula kami2 bergabung dengan sahabat lain…
Keadaan jadi makin meriah la…
Seronok sangat…
Kami2 main x ingat dunia…
Hiii…
Tapi ana hanya dapat join sekejap saja…
Lepas nie ada aktiviti len plak…
Aper ea???....
Huuuuu…
Pergi kalumpang laaaa…
Ber’rehlah’ sedikit bersama2 adik2 sambil ber’halaqah’…
Sebenarnya ia x lah dirancang pun…
Orang ajak…
Ana ikut ja la…
Lagipun…
Ana dapat bawa balik sedikit ilmu...
insyaAllah…
kami2 juga bergambar bersama2…
tenang ja kami rasa menikmati keindahan alam sambil2 ber’tadarus’ bersama…
subhanallah…
Alhamdulillah…

Uhibbukum fillah Abadan abada…
insyaAllah…

P/s : gambar2 kami yang diambil x dak kat ana...hiiii






Friday, January 21, 2011

☆¨¯`♥ TIPS UNTUK KETAHUI MUKASURAT BAGI JUZUK2 DI DALAM AL QURAN ☆¨¯`♥

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali kalian baca Al-Quran sehari? 1 kali ? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

… Jom sama2 kita belajar …

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5 - 1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10 - 1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23 - 1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442


P/s : Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada anak2 kita, kawan2 kita, adik2 kita, family2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala dariNYA...InsyaAllah…

❤● Hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin ●❤

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

Sumber: Al-Azhar Ad Din 

P/s : Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu..

Tuesday, January 18, 2011

❤●•٠·˙ Puisi Untuk Ibu ˙·٠•●❤


Awal kalam bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
hihihihihi…
ana nie asyik sengeh ja selalu…
kenapa yea???...
happy la tuuuu…
shhhh…
entry kali ini ana nak berpuisi cikit…
puisi ini khas untuk ma ana yang tercinta…
…::: Maimunah Binti Abdul Rahman :::…
Terasa tindu sangat2 kay ibu ana yang tersayang nie…
Terima lah ma dari anakmu yang nakal nie…






Ya Allah,,,,,,

Rendahkanlah suaraku baginya
Perindahlah ucapanku didepannya
Lunakkanlah watakku terhadapnya
Dan Lembutkanlah hatiku untuknya
Sampaikan ma'af kami kepadanya
Sampaikan cinta kami kepadanya



Ya Allah,,,,,,
Berilah ia balasan yg sebaik-baiknya atas didikannya padaku
Dan pahala yg besar atas kasih sayang yg ia limpahkan padaku
Peliharalah ia sebagaimana ia memeliharaku



Ya Allah,,,,,,
Apa saja gangguan yg telah ia rasakan
Atau kesusahan yg ia derita karena aku
Atau hilangnya sesuatu haknya karena perbuatanku
Maka jadikanlah itu semua Penyebab susutnya dosa-dosanya
Dan bertambahnya pahala kebaikannya
Dengan perkenanMU Ya Allah,,,,
Hanya Engkaulah yg berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda



Ya Allah,,,,,,
Bila maghfirahMU telah mencapainya sebelumku
Izinkanlah ia memberi syafa'at untukku
Tetapi jika sebaliknya
Maka izinkanlah aku membeti syafa'at untuknya
Sehingga kami semua berkumpul bersama dg santunanMU
Ditempat kediaman yg dinaungi kemuliaanMU, AmpunanMU serta RahmatMU
Sesungguhnya Engkaulah yg memiliki kurnia Maha Agung
Serta Anugerah yg tak berakhir
Dan Engkaulah yg Maha Pengasih.


P/s : Ya Allah...Berilah ia balasan yg sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yg besar atas kasih sayang yg ia limpahkan padaku. Peliharalah ia sebagaimana ia memeliharaku…Amin ya Rabbal Alamin

❤●•٠·˙ CINTA ITU FITRAH ˙·٠•●❤

1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar


2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin…. Huhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.

Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..

  
4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18

“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari

5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim

 6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21

7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

Kesimpulan :

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alas an untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

P/s : Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...