Monday, August 8, 2011

...::: Pegawai PTPTN vs Ex-Student :::...

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t
malam2 gini ana ase mcm nak share smting ajer..
just for fun lah sahabat semua eaaa...
seorg sahabat yang tiba2 t'lebih kreatif telah mengubah lagu misya omar kpd lagu ptptn...


agak kelakar la..enjoy....



PULANGKAN (lagu misha omar)..


[dinyanyikan oleh pegawai ptptn ngan ex-student..]


(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang


(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku


Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)


Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)


Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)


Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)


Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)


Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)


(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua
hingga akhir masa..ooo syang....

P/s : Mudah2an suatu hari nanti ana bisa melunaskan segala hutang2 ini dengan jayanya..aminnn...
insyaAllah...

Friday, August 5, 2011

Andai ini Ramadhan yang Terakhir



wahai dikau, renunglah engkau akan nasib diri,
wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati,
wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi,
Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali,

Buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi,
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi,
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi,
Kematian... adalah sesuatu yang pasti.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir,
Biarpun anak tekak kering kehausan air,
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair Rindu mendayu... 
merayu... kepada-NYA Tuhan yang satu.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu,
Solat yang dikerjai... sungguh khusyuk lagi tawadhu',
Tubuh, minda, dan qalbu... bersatu memperhamba diri,
Mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji.


"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam)


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu,
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja,
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang,
Alunan Al-Quran bakal kau dendang... bakal kau syairkan.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tentu malammu engkau sibukkan diri dengan berterawih... berqiamullai... bertahajjud... mengadu... merintih... meminta belas kasih.

" sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU, tapi... aku juga 
tidak sanggup untuk ke neraka-MU "


Oleh itu duhai Ilahi,
kasihanilah daku hamba-MU ini. 


ANDAI KU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIRKU



Penampilan Semasa & Selepas Ramadhan


Bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum w.b.t sehabat sekalian...
insyaAllah, entry kali ini yang ana nak share nie mengenai kita semua...
sesuatu yang biasa dah dan selalu terjadi kpada kita...
Ya Allah, nauzubillahi min zalik...
moga2 kiter tergolong dalm golongan org2 yang mulia...
iaitu golongan org yang ke-2...
insyaAllah...


Ramadhan telah melahirkan dua jenis manusia yang mempunyai cara berbeza dalam penampilan mereka selepas Ramadhan, justeru marilah sama-sama kita renung secara mendalam untuk kita tentukan golongan mana yang patut dicontohi.

Golongan Pertama

Golongan yang dapat disaksikan dalam bulan Ramadhan begitu ghairah melakukan apa sahaja amal ibadat selagi sanggup melakukannya, solat ketika orang lain juga bersolat, ruku', sujud, bertadarus dengan berlinangan air mata kerana takutkan azab Allah ketika membaca al-Quran.

Agak sukar untuk melihat dalam diri mereka akhlak yang terkeji kerana satu bulan Ramadhan diisi dengan pelbagai ketaatan kepada Allah, menjauhkan diri dari segala maksiat dan perkara yang melalaikan.

Namun setelah sebulan dua ditinggalkan Ramadhan, ketaatan, ibadat dan segala apa yang dilakukan hanya menjadi kenangan manis yang berlalu pergi bersama pertukaran bulan-bulan yang lain, surau dan masjid bukan lagi menjadi tempat destinasi persinggahan, al-Quran bukan lagi menjadi bahan bacaan harian, bulan berganti bulan hingga terbit Ramadhan pada tahun berikutnya, inilah golongan yang hanya beribadat secara bermusim, seolah-olah Allah hanya wujud di bulan Ramadhan sahaja, sedangkan pada bulan-bulan yang lain kehangatan beribadat semakin pudar.

Golongan Kedua

Golongan yang merasa amat gembira dengan kedatangan Ramadhan dan merasa hiba dengan pemergian bulan yang mulia ini kerana mereka merasa seronok dengan kemanisan dan janji-janji yang ada padanya.

Ramadhan bagi mereka adalah peluang untuk menambah koleksi pahala sebanyak mungkin kerana mereka mengetahui, bahawa Ramadhan bulan kesabaran, persamaan, berkasih-sayang, terdapat padanya Lailatul Qadr, solat Tarawih, rahmat, keampunan, pelepasan dari api neraka, Nuzul al-Quran, tadarus, tazkirah, pengeluaran Zakat Fitrah, peristiwa Badr al-Kubra, pembukaan kota Mekah dan seribu macam pahala yang tersedia untuk direbut.

Mereka beramal dengan sepenuh hati bagi menjana diri sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa menerusi ibadat puasa, mereka akan menangis jika Ramadhan hampir melabuhkan tirainya kerana mungkin tidak akan bertemu dengannya pada tahun-tahun yang mendatang.

Kesimpulannya

Terserah kepada anda untuk menentukan kedudukan yang mana satu yang harus anda pilih di antara dua golongan yang disebutkan di atas.

Andalah sebagai hakim untuk memastikan masa depan di akhirat lebih terjamin untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah SAW ketika ada di kalangan manusia yang tercicir namanya dalam senarai mereka yang dimasukkan dalam syurga Allah yang kekal abadi dengan segala nikmat yang membahagiakan..

Wallahualam

Thursday, August 4, 2011

Cintaku padamu dan Cintaku pada-NYA




Ketampananmu begitu mempesona,
sehingga membuatku mengagumimu..
tapi Dia dengan segala keindahan ciptaanNya lebih membuatku terpana..

Senyumanmu membawa ketenangan di hati,
tapi senyumanNya melalui bunga-bunga yang indah,
sungguh meluluhkan hatiku..

Perhatianmu padaku membuatku merasa ada yang mendampingi,
tapi perhatianNya kepada seluruh dunia membuatku lebih merasa aman..

Indahnya menatap wajahmu membuatku selalu rindu,
tapi menatap wajahNya kelak di hari akhir adalah kerinduan terbesarku..

wahai pangeran hati,engkau memang baik padaku,
tapi Dia selalu baik kepadaku juga padamu , 
cintamu padaku membuatku juga mencintaimu,
tapi kau pun tahu kau dan aku sama-sama mencintaiNya,
karena Dia adalah cinta sejati manusia..

biarkan aku belajar cinta sejatiNya terlebih dahulu,
hingga saatnya tiba nanti,
aku tidak salah dalam mencintaimu..

aku sudah bisa mencintaimu bukan karenamu, tapi karenaNya..

Diamku bukan berarti aku tak cinta padamu 
tapi, aku hanya ingin "MEMULIAKANmu"..

Aku tak ingin aku dan kamu melakukan ZINA...
Seberapa pun kecilnya........

Zina mata, Zina Lidah, Zina Tangan, Zina Telinga dan ZINA HATI....

...::: Suka suki Kami Di Bulan Ramadhan :::...



Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran padaMu...
kerana masih lagi berpeluang berada dlm bulan ramadhan pada tahun ini...
masih lagi berpeluang untuk berpuasa...
subhanallah, nikmatnya tak terkata...
alhamdulillah...
tambahan lagi dgn pengalaman berpuasa dgn anak2 taska dan tadika...
macam2 ada pesennya...
hadoii, nak tergelak asernya...
masa 1st day puasa ana tnya, hari ini sapa puasa???
semuanya angkat tgn...
tp bila time makan...
semuanya beratur nak wash hand...
hihihihi...
pas2 bila tnya balik masih ag ngaku puasa...
hadoiii...
biasa la budak2...
nie time tecer aisyah last keje...
dia nak smbung belajar dah...
so, beliau berhenti pada 31 julai 2011...
sedih la kami2...
anak2 pun macam rindu kat tecer aisyah..


nie tecer aisyah bg hadiah buat kenang-kenangan



antaranya hinik la...
moga dipergunakan sebaiknya yer anak2...
insyaAllah...
hari nie jugak kami2 memasang bendera malaysia sekeliling pagar...
yer la, dah bulan ogos kan...
mmg meriah lah...hihihi



theme this month is festivals and cloth...
biasalah, nak raya dah kan...
belajar pasal perayaan yg ada kat malaysia nie...
dan juga pakaian...



nie tecer suh bawak baju kurung n baju melayu masing2...
ajar dorg cmner cara nak lipat...
macam2 la pesennya anak2 nie...



ha, lipat elok2..
tecer nak snap gmbaq bnyk2 nie...
kikiki...



nie baby ashfeera nie???
x leh duk diam, asyik nak buas ja...
pening tecer nak jaga...



nie la Ibrahim ngn Haziq...
ana mmg suka la kalu cakap ngn ibrahim...
sbb die suka citer macam2...
so cute...
si Haziq plak baik budaknya...
anak umi ngn abi kan...
hmmm, thanks bt umi ngn abi Haziq sbb bg tecer sekotak buah kurma sorg satu...
nie dah biasa la...
parents dorg selalu bawa makanan...
bgi buah2an la, kuih2 la...
pasni nak tggu ada x parents bg biskut raya...
kikikikiki...



bila masing2 dah pakai baju kurung n baju melayu...
sopan ja duduk yer??
lepas tu kami2 buat amali solat zohor...
ingat nak buat solat sunat raya tp x smpat...
gambar pun x smpat nak snap...
sbb kene tnjuk kat dorg cara2 yg betul...



setelah penat, kami2 baring2 dulu...
mmg best la...
puasa sekerat hari pastu buka kul 12...
siap baca doa buka puasa ag...
kikikiki...



nie gmbar kenangan ngn tecer aisyah...
yg pakai baju coklat sblah ana 2 tecer aliza...
die pun dari UPSI jugak...
ambik jurusan science...
baru ja lepas konvo 27hb julai 2011...
1 sek ngn ana dulu...
nie la suka suki kami bersama...

Q 'A : Marin, balik dari keje..dapat call dari kawan... nak belanja ana buka puasa di KFC... rezeki jgn ditolak...kan3.. konvo ramai2 g KFC KL...kikiki

Q 'A : Hari sabtu > 30hb julai 2011 : Kenangan yang terindah sebelum puasaaa...
 terima kasih WPF 3537 sudi follow WNP 8844 sampai Besut, Ganu...
pastu hntar balik smpai Kg. Alor Hijau...
risau punya pasal... :)
kikikiki...

Q 'A : Ringtone phone berbunyi (lagu ketika cinta bertasbih), 
"helo, assalamualaikum..."
" wa'alaikumsalam, nak air soya???" 
"hmm, boleh juga..."
"ok, 10 mint ag smpai depan rumah"
kikikikiki....
macam 2 ja???
kelakarnyerrr...

Q 'A : SUKA SUKI KAMI DI BULAN RAMADHAN....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...