Monday, November 15, 2010

Nama-Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah


Assalamualaikum! 

Semoga boleh dimanfaatkan bersama. Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu, perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

 Nama-nama syaitan tersebut:-

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH,
2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB,
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU,
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK,
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS,
6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan!!!!"
7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 2/4/5 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.

P/s : Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayatsemoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.
        Wassalam

Lautan Manusia Menuju Arafah




MAKKAH--Lautan manusia sejak Ahad (14/11) pagi memadati pedestrian atau jalan-jalan yang menghubungkan Masjidil Haram, Mekkah dengan Mina hingga Muzdhalifah untuk selanjutnya menuju padang Arafah. Gema talbiyah tak henti mengiringi langkah jemaah haji dari berbagai bangsa, mereka bersaut-sautan mengucapkan "Labbaika Allahumma Labbaik labaika la syarikalaka labaik innal hamda wannikmata laka wal mulk laa syarikalak"

Aparat kepolisian Saudi sendiri melakukan penjagaan yang demikian ketat di sepanjang jalan masuk menuju Mina. Hanya jemaah yang menggunakan bus-bus besar yang diijinkan memasuki ke kawasan tersebut, sementara mobil-mobil pribadi dilarang masuk, kecuali berstiker khusus.

Mendagri Arab Saudi Pangeran Naif selaku penanggungjawab operasional haji Saudi mengatakan, seluruh persiapan untuk pelaksanaan ibadah haji ini telah dilakukan dengan sebaik-baiknya. Selain menggunakan ribuan kendaraan, jemaah haji dapat menggunakan layanan kereta api untuk perjalanan di Mashair, yang diharapakan dapat mengurangi kemacetan jalan jalan menuju dan keluar dari Mina, Arafah dan Muzdalifah.

Kementerian Kesehatan Arab Saudi sendiri telah menyiagakan seluruh rumah sakit untuk memberikan layanan kesehatan yang maksimal kepada jemaah haji. Selain itu, selama jemaah berada di Arafah dan Mina, Kementerian Saudi membuka juga sejumlah puskesmas yang berada di lokasi perkemahan jemaah haji.

Arus jamaah Indonesia mulai bergerak ke Arafah, Sabtu (13/11) malam. Mereka akan menginap dulu di Mina, yang disebut tarwiyah, meniru perjalanan haji Nabi di masa lalu, sebelum bergerak ke Arafah.

Menurut Direktur Pelayanan Haji Kementerian Agama, Ahmad Kartono, pemerintah tak membuat kebijakan untuk tarwiyah. "Bagi jamaah yang akan tarwiyah diminta membuat pernyataan bertanggung jawab atas transportasi ke Mina dan makan selama di Mina. Mereka juga harus berkoordinasi dengan maktab," ujar Ahmad Kartono, Sabtu (13/11) malam.

Menurut Wakil Kepada Daker Makkah Bidang Pelayanan Umum dan Ibadah, Amin Akkas, hingga Sabtu malam baru ada dua kloter yang melaporkan akan melakukan tarwiyah. "Berapa yang melakukan tarwiyah, laporannya belum semua masuk ke Daker, karena secara administratif mereka lapor ke kantor sektor," ujar Amin.

Dua kloter itu, seluruh jamaahnya berangkat untuk bermalam di Mina. Sabtu malam, yaitu Kloter 47/JKG dan Kloter 70/SOC berangkat ke Mina menggunakan bus berspanduk nama kloter mereka. Yang lainnya ada beberapa rombongan yang berangkat juga. Ada yang berangkat 30 orang, ada yang 40 orang.

Ahad pagi, arus jamaah Indonesia ke Mina terus bertambah. Tapi, mayoritas adalah jamaah dari negara lain. Jamaah dari negara lain itu berangkat selepas Subuh dari Masjidil Haram, berjalan kaki menuju Mina dengan ihram mereka.

Jalan raya telah menjadi lautan jamaah, serba putih, terlihat merambat dari terowongan pedesterial yang menghubungkan Masjidil Haram dengan jalan raya ke Mina. Dalam gerak perlahan berjalan kaki, sebagian dari mereka terdengar melafazkan talbiyah. "Zaman Rasul dulu, tanggal 8 Duzlhijah rasul mempersiapkan diri untuk wukuf Arafah dengan cara bermalam di Mina," ujar Kartono.

Selesai menginap di Mina, jamaah akan bergerak ke Arafah, Senin (15/11) pagi untuk menjalankan wukuf. Wukuf di Arafah akan dimulai pukul 12.00 dengan diawali sambutan dari Dubes RI untuk Arab dan Oman, Gatot Abdullah Mansyur, dilanjutkan dengan sambutan Amirul Haj Suryadharma Ali. Wakil Amirul Haj KH Hasyim Muzadi akan membacakan khutbah wukuf. Shalat Dzuhur akan dipimpin oleh Wakil Amirul Haj Muhammad Muqoddas.

Petugas haji yang bertangung jawab untuk Arafah dan Mina meninggalkan Makkah mulai pukul 09.00, Ahad. Petugas-petugas ini bertanggung jawab menunjukkan maktab kepada para jamaah. Petugas penjaga katering juga berangkat Ahad pagi.

Di Arafah ada 71 maktab, masing-masing maktab disediakan dapur dan tenda makan. Disediakan pula gudang bahan makanan.

Petugas haji Daker Makkah berangkat ke Arafah sebagai gelombang terakhir. Mereka terlebih dulu melakukan pemeriksaan ke setiap pondokan untuk memastikan tak ada jamaah yang tertinggal. Mereka bergerak ke Arafah selepas Maghrib.

Petugas haji mulai bergerak dari Arafah ke Muzdalifah selepas Ashar untuk gelombang pertama, dan terakhir bergerak selepas Isya. Jamaah mulai bergerak ke Muzdalifah selepas Maghrib setelah menjamak shalat Maghrib-Isya.

Pelayanan pengawasan jamarat di Mina dimulai Selasa (16/11) dinihari pukul 01.30 hingga 06.30. Jamaah akan dipersilakan melontar jumrah Aqabah mulai pukul 08.30 untuk kemudian bergerak ke Makkah melakukan tawaf ifadah.

P/s : Dalam gambar tu mner la nenekku yang tercinta ngn makngah ku yang tersayang yer???....rindu sngt2 kat nenek..nenek,doakan cucumu disini yer?...

Sunday, November 7, 2010

...:::MUNAJAT KAMI:::...


~MUNAJAT RAKYAT KELANTAN~



Ya Allah
Engkau mengetahui
Hati-hati ini berhimpun disini
Kerana mencintaiMu
Bertemu
Kerana mentaatiMu
Berjanji
Kerana menolong syariatMu
Bersatu
Dalam dakwah ajaranMu

Kami ditindas
Kami dizalimi
Pakatan musuh
Mengkhianati kami
Memecahbelahkan perpaduan kami
Menggugat kerajaan kami
Menfitnah kepimpinan kami

Perjuangan kami
Islam sebagai Ad-din
Keadilan : kami perjuangkan
Perpaduan : kami jalinkan
Amar makruf : kami tgakkan
Kemugkaran : kami cegahkan

Kami pohon
Taufik dan hidayahMu
Dalam menegak kedaulatan islam
Di bumi Mu ini
Dengan sokongan padu
Kumpulan ini

KepadaMu kami mengadu kelemahan kami
Kekurangan keupayaan kami
Hinanya kami dipandangan lawan
Wahai yang maha penyayang
Engkau tuhan bagi mustadhafin

Ya Allah
KepadaMulah kami serah mereka
Yang menzalimi kami
KepadaMulah kami serahkan mereka
Yang mengkhianati kami
KepadaMu lah kami serahkan mereka
Yang menjatuhkan air muka kami

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allah Akbar!

P/s : Sempena Perhimpun Anamanat Tok Guru pada 4 oktober 1996 di Stadium Sultan Muhammad 1v, Kota Bharu. Diterbitkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.

Buatmu Bakal Bidadari Syurga


Sajak ini dipetik khusus buat dirimu..bakal bidadari Syurgawi..

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada
ALLAH,
Yang jiwanya penuh penghayatan
terhadap Deen ALLAH,
Yang senantiasa haus dengan ibadah
kepada ALLAH,
Yang senantiasa dahaga akan mengharap
redha ALLAH
Yang sholatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata
benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan
nafsu,
Yang senantiasa bersama para
Mujahiddah ALLAH

Jadilah seorang wanita solehah
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang
dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia
yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan
karena sifatnya
yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
mempunyai musuh yang bersifat jahat

Jadilah seorang wanita solehah
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orang
tua
dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan
rumahtangga,
Yang akan mendampingi suami dalam
mendidik
anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh
kesederhanaan,
Karena dunia baginya adalah rumah
sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi
makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan al-Qur’an
dan qona’ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan
dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan
rahmat ALLAH ke atasnya.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang selalu menjaga lisan, penyayang
keluarga
& suaminya,
Matanya kepenatan kerana membaca al-
Qur’an,
Suaranya lesu karena penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan
Karena dia sedar betapa indahnya
menjadi wanita
solehah melebihi perhiasan apapun
di dunia
Semakin sedar bertambah usianya
bertambah
kematangannya.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk
menjadi
mujahiddah ALLAH
Yang baginya hidup di dunia adalah
ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu
dipelihara
dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal
menjaga
dirinya di alam baqo’
Meneruskan perjuangan Islam sebelum
hari kemudian.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang tidak terpesona dengan buaian
dunia,
Karena dia mengimpikan syurga ALLAH.

Semoga senantiasa dirahmati-NYA…
 
Aamiin…



P/s : Jadilah seorang wanita yang solehah yer?..ingatan juga buat diri sendiri ( Husna )



Friday, November 5, 2010

Kisah Saya Dan Awak




Sedar tidak sedar, sudah hampir 2 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa yang memang tidak masuk akal yang terjadi membuat hati kita telah bertaut. Syukur, alhamdulillah...Terima kasih Ya Allah kerana mentakdirkan saya tergerak hati untuk.... dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk men.......kan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa seperti itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, tapi alhamdulilah, hubungan kita masih lagi terjaga.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang hampir 2 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita.

Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, astghfirullahalazim..begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman ketika waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullahalazim…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak membisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. 

Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan betapa saya sukar untuk melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya Allahhh, alhamdulillahhh...awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. 

Sekarang saya sudah menjadi tunangan awak. Tapi kita harus ingat, ikatan ini bukan lah satu tiket untuk kita bebas merindui awak, bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan bebas menyayangi awak. Tapi saya hanya mampu berserah semoga ikatan ini akan berkekalan dan kerana saya yakin awaklah pembimbing hidup saya nanti. Terima kasih  Ya Allah kerana mengikatkan kami dengan ikatan ini biarpun pada usia muda remaja. Saya selalu berdoa semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar,,InsyaAllah...

Terima kasih Ya Allah kerana telah menghadirkan awak dalam hidup saya.

~..::281209::..~




Thursday, November 4, 2010

....WANITA IDAMAN….

Jika aku mengidamkan lelaki soleh sebagai suami..aku perlu solehahkan diriku terlebih dahulu.. Oleh itu, aku perlu menjadi wanita idaman setiap lelaki soleh..

 
 

WANITA IDAMAN….

wanita idaman lelaki...
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang yang berjuang di jalan Allah


wanita idaman lelaki ialah…
wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat


wanita idaman lelaki…
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat…
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya


wanita idaman lelaki ialah…
yg tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangun subuhnya penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


wanita idaman lelaki…..
sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


wanita idaman lelaki…yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
dan dia ingin membawa suaminya bersama

dialah wanita idaman lelaki…


wanita idaman lelaki ialah…
yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

...Lelaki Idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH

Kembali megah di muka bumi
Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa


InsyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...