Sunday, January 9, 2011

...::: Sedikit Perkongsian :::...

Awal kalam bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum wbt buat sahabat semua…
Alhamdulillah…
Setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan…
Ana masih lagi dalam keadaan sihat walafiat…
Dan pada hari ini juga…
Alhamdulillah…
9 januari 2011…
Pusat Rakan Islam telah mengadakan satu bengkel di Audi Utama…
Bengkel Pemantapan RPA…
Bermula jam 8 pagi – 4.30 ptg…
alhamdulillah…
dengan menghadirkan diri ke majlis tersebut…
insyaAllah…
ana ingin berkongsi sedikit apa yang ana dapat…

…::: KEWAJIPAN BERAKHLAK DENGAN AKHLAK MUSLIM :::…
Oleh : Ustaz Mohd Abdul Nasir b. Abd Latif
~ Slot 1 ~

 …Akhlak…
1.   Akhlak Rasulullah S.A.W
2.  Akhlak orang2 yang mukmin
3.  Cara meningkatkan akhlak
4.  Perbandingan sifat orang mukmin dengan orang munafiqin
5.  Sikap mendengar berita
6.  Larangan cakap tidak betul dan keji
7.  Contoh tauladan
8.  Meneliti kecuaian
9.  Sifat2 buruk

…Akhlak kepada Allah dan diri…

Allah : Beriman kepada Allah
1.   Beristiqamah
2.  Ikhlas, benar, dan suci hati
3.  Khusyuk dan takut
4.  Cintakan Allah
5.  Bersungguh dalam beribadat
6.  Sibuk memahami Al-Quran
7.  Tenang dan sopan
8.  Jaga nafsu
Diri :-
1.   Jaga penampilan diri
2.  Kebersihan tubuh badan
3.  Kebersihan mulut
4.  Jaga perkara fitrah

 ...Cara berkomunikasi…

1.   Qaul sadid
2.  Qaul ma’ruf
3.  Qaul baligha
4.  Qaul mansur
5.  Qaul layyin
6.  Qaul karim

…Kenapa perlu berakhlak Islam???...

1.   Mengembalikan manusia kepada Allah
2.  Melahirkan individu yang ikhlas dan taat beribadat kepada Allah
3.  Mrnjadi orang yang berilmu dan manusia mulia kerana ilmunya
4.  Lebih takut dan bertakwa
5.  Memantapkan Islam :-
-Pembangunan jasmani
-Pembangunan akal dan rohani
-Pembangunan masyarakat
   6. Mencari rezeki yang halal
   7. Mencapai kejayaan didunia dan diakhirat

P/s : Jadi, kenapa kita semua perlu berakhlak Islam??? Kerana ianya datang dari Allah…

…::: KEBERKESANAN KOMUNIKASI DAN DAKWAH :::…
Oleh : Ustaz Ahmad Amri Zainal Adnan
~ Slot 2 ~

…Komunikasi dakwah…

1.   Pesanan2 dakwah @ ajaran islam
2.  Bersifat persuasif (mengajak)
3.  Mengajak pendengar kepada kebenaran Islam

…Komponen komunikasi dakwah…

1.   Da’ie
2.  Mad’u
3.  Kandungan @ mesej
4.  Kesan @ effect

…Persediaan rohani…

1.   Bangun solat malam (tahajud)
2.  Membaca Al-Quran
3.  Berzikir
4.  Amalan2 sunat

…Persediaan emosi…

1.   Kebergantungan kepada Allah
2.  Sabar
3.  Berakhlak mulia

…Persediaan intelektual…

1.   Banyak membaca
2.  Hadiri majlis ilmu
3.  Bertanya dan berfikir
4.  Berdampingan dengan orang yang berilmu

…Sikap manusia terhadap dakwah…

1.   Orang yang yakin akan dakwah dan agama Allah
2.  Orang yang meragui arah tuju dakwah
3.  Tidak mahu menolong tetapi ingin mencari keuntungan duniawi
4.  Seorang penentang, berburuk sangka dan meragui dakwah

…Prinsip komunikasi dakwah…

1.   Bersumberkan Al-Quran
2.  Amar makruf dan nahi mungkar
3.  Cara dengan berhikmah

…Cara berhikmah…
1.   Perkara yang benar dan bukan dusta
2.  Ucapan yang mudah dan tidak berbelit2
3.  Ucapan yang baik dan tidak kasar
4.  Ucapan yang menyentuh hati

…Teknik bahasa persuasif…
1.   Elakkan menggunakan perkataan menyeru seperti ‘lah’
2.  Gunakan bahasa yang positif
3.  Elakkan mengkritik atau menuduh orang
4.  Jelaskan perkara yang salah dengan secara rasional
5.  Kurangkan memberi nasihat yang berulang2
6.  Elakkan menggunakan ugutan yang keterlaluan
7.  Memberikan harapan
8.  Elakkan menggunakan perkataan penegas
9.  Kurangkan penggunaan perkataan ‘ke-an’ dan ’pe-an’
10.      Elakkan penggunaan kata adjektif (kata sifat)
11. Gunakan bahasa yang mudah untuk difahami
12.Banyakkan contoh

P/s : ufauwidu amri ilallah…













Saturday, January 8, 2011

(¯`•.¸áƒ¦ PERTUNANGAN ღ¸ .•´¯)

TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK
Terbahagi kepada lima cara:-

- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama – pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua’lam.

Thursday, January 6, 2011

☆ TAKJUB ☆



Sahabat, kita takjub dapat menghabiskan masa 2 jam untuk menonton wayang
namun
gelisah bila mahu membaca Al-Quran selama 30 minit(dah dikira lama)

Sahabat, kita takjub memakai pakaian yang sungguh indah sekali bila nak mengadap orang-orang bangsawan
namun
nak mengadap Allah,Raja sekelian alam kita tidak memakai baju dan hanya bersarung.

Sahabat, kita takjub dapat membeli sub-woofer 200-300 ringgit
namun
untuk membeli kitab-kitab agama kita berkira hendak mengeluarkan wang 20 ringgit.

Sahabat, kita takawat selama 2-4 jam sewaktukjub dapat berdiri  perbarisan
namun
ketika imam membaca surah As-Sajdah kita dah bergoyang sana bergoyang sini.

Sahabat, kita takjub berani berdua-duan membuat maksiat di kubur
namun
engkau takut bila sendirian melalui kawasan kubur.
Sahabat, kita takjub mengatakan HARAM memegang babi
namun
kita tidak segan silu memegang kepada wanita yang belum menjadi milikmu melalui akad nikah.
Sahabat, kita takjub boleh ketawa dengan nyaringnya
namun
tahukah kita dahsyatnya alam akhirat itu seandainya tiada bekal untuk ke sana.

Kembalilah kepada Allah…
Kembalilah kepada Allah…
Kembalilah kepada Allah…

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa
(Ar-Rahmaan 55:26)

Everything on earth will perish
(Ar-Rahmaan 55:26)

Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
(Ar-Rahmaan 55:27)

And will abide thy Lord of Might and Glory
(Ar-Rahman 55:27)




☆。★ Buat Yang Sedang Bersedih ☆。★



di sebalik dugaan ALLAH...ada hikmah terselindung.KENAPA AKU DIUJI??"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkansaja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkanmereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telahmenguji org2 yg sebelum mereka makasesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dansesungguhnya Diamengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU x DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baikbagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuaidengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST??"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pulakamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg palingtinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? ?"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakanperkara-perkara yang berkebajikan) ,dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripadakesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan). " (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalansabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnyasembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??"Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min,diri, harta mereka dengan memberikansyurga utkmereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " -(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"

P/s : La tahzann...innallahama'ana... (^-^)

Monday, January 3, 2011

☆ Kasihnya Anak Kepada Ibubapa ☆


Kisah ini kebarangkalian sudah ramai yang mendengar dan mengetahui ceritanya.Tapi ana sahaja ambik petikan kisah ini nak kita mengingati kembali kisah ini sebagai peringatan buat diri kita yang kadang2 terlupa dan terleka dengan nikmat duniawi.Dengan kisah ini mampu meningkat ketakwaan kita kepada yang Allah S.W.T dan  menyayangi ibubapa tersayang yang kini berada di rumah mahu pun dimana-mana sahaja…

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu."
Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t.menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t.masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

P/s : Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.



☆ Hari Pertama Masuk Kolej Ungku Omar ☆


Awal kalam bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt semua…
Alhamdulillahhhh…
Seinfiniti kesyukuran ana panjatkan…
Selamat jua ana sampai ke UPSI…
Hmmmm…
Meh sini nak cerita cikit…
Cerita panas nie…
Alhamdulillah, ana selamat sampai di KUO pada pukul 6.15 pagi…
Pagi tuuu ana tumpang dulu tidor umah kak erni di taman bahtera…
Sebab pejabat tak buka lagi dan ana tak dapat nak ambil kunci tuuu…
Lepas solat subuh ana terus tidur…
Mengantuk sangat2…
Alahai, bangun2 ja dah pukul 10 pagi…
Fuh!!!
Terlajak pulak tidurnya…
Tapi tak apalah sebab penatkan…
Ana pun terus ke pejabat nak ambil kunci rumah…
Sebelum tuu kene tengok dulu ana dapat rumah maner…
Tengok punya tengok…
Yess!!!
Alhamdulillah…
B-1-15
Happy la sebab tak tinggi sangat…
Tapi bila tengok balik…
Huh!!!
A-1-15???
Ehhh!! Nie satu blok ngan laki nie…
Huwaaaaaa… L
Tanak3…
Ok3…
Sabar…sabar…sabar…
Terus ke dewan nak ambil kunci…
Bila nak isi borang rumah…
Alamak!!!
Satu bilik dengan chinese???
Maaaaa…
Tolonggggg…
Ya Allah…
Camner la kehidupan hambaMu ini lepas nie…
Hati dah mula berdebar2…
Macam2 ana rasa…
Takut…
Risau…
Kelu…
Ya Allah, kuatkanlah hatikuuuu…
Ana cuba terima…
Alhamdulillah…
Lama2 hati ana makin tenang…
Dah tak rasa ag dah risau…
Ana redha ja…
Masa nak kemas barang…
Kak aishah kata die nak duk sebilik ngan ana…
Die kata pandai2 la nak buat cmner…
Last2…
Dapat juga tukar…
Chinese tuu setuju nak tukar…
Alhamdulillah…
Ok la…
Lega hati ana…
Dugaan ini datang kejap ja…
Syukur…

P/s : rasa macam kelakar pun ada dan juga rasa bersalah…sebab apa yer?... hanya ana sahaja yang tahu…biarlah rahsia…




Saturday, January 1, 2011

☆。★。Azam Baru??? ...1.1.11... ☆。★


Awal kalam bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wbt buat sahabat semua....
Alhamdulillah.....
Seinfiniti kesyukuran kurafakkan padaMu Ya Allah....
Hari ini ana masih lagi berkesempatan untuk meng-update blog dhaif ana nie....
Nie post yang pertama untuk tahun baru ini....
...::: 1.1.11 :::...
Cantikkan tarikhnya???....
Hari pertama untuk tahun baru ini....
Mungkin ada orang yang kawin kowt hari nie???.....
Sebab apa???....
Sebab tarikhnya yang cantik la.....
Hihihi....
Maaf yerr.....
Ana hanya bergurau sahaja.....
Hmmmm,,,
Bagi ana tak kisah pun tarikh cantik ke tak....
Yang penting hari tersebut perlulah dimanfaati dengan benda2 yang berfaedah.....
insyaAllah....
ini jua peringatan untuk analah.....
ana sekarang nie makin teruk.....
maklum lah.....
cutikannn....
hadoiii....
penin kepala....
mudah2an ianya tak la berlanjutan...
insyaAllah....
hari nie hari yang bahagia sangat.....
ehem3.....
aper yerr???.....
tanak la gtau...
segann.....
walaupun ianya tak la dirancang....
 tapi dapat juga memenuhi kehendak ana.....
kehendak aper tuuu????.....
biar ana saja yang tahu....
hari nie last ana duduk kat umah....
malam nanti ana dah nak balik ke UPSI....
Ya Allah....
Hanya Dia saja yang tahu betapa beratnya hati ana nie.....
Cuti nie terasa kejap sangat3.....
Belum puas lagi bersama keluarga....
Mudah2an ianya suatu jihad untuk mendapatkan ilmu.....
Meninggalkan keluarga2 yang tercinta.....
Hihihihi....
Eh,macam pelik jaaa???....
Shhhhhhhhh...
Rahsia!!!....
Mudah2an ana boleh menjalani kehidupan yang lebih baik lagi di tahun 11 nie....
Semoga mendapat kehidupan yang lebih bermakna....
Dan buat tahun 10.....
Selamat tinggal yerrr???....
Aper yang baik ana akan bawa ke tahun 11....
Dan yang buruk ana akan buang jauh2 dari hidup ana.....
Disamping jadikan ianya sebagai pengajaran dan tauladan yang boleh mentarbiah ana kearah yang lebih cemerlang lagi.....
insyaAllah.....
azam tahun 2011 aper Syarfa’ Husna???.....
hihihihi.....
haaa,ingat punnn.....
aper yer azam tahun baru nie???.....
pagi tadi ana dapat satu mesej.....
tit..tit..tit..tit....
1 new message....
(view)
Ukhti ****...
“ Selamat tahun baru....
Semoga dengan tahun baru ini anak membawa semangat baru dalam akademik dan tarbiah serta dakwah....”
“semoga semester 4 ini akan meningkatkan semangat kita untuk bergerak dalam dakwah......”
“ pada halaqah kita yang pertama untuk tahun baru ini, antenna diminta menulis azam tahun baru dan semester baru....persembahkan atau tulis dalam bentuk yang paling cantik....perincikan setiap azam antenna dari segi tindakan yang akan dilakukan.....”
Haaaa.....
Tengokkk!!!.....
Alhamdulillah....
Ana dah pun mendapat tugasan daripada naqibah kesayangan ana nie.....
Terima kasih untuk peringatan itu ukhti....
insyaAllah....
ana buat cantik2 yer???.....
yang penting.....
usaha untuk mencapai azam tuuuu.....
bukan buat saja jaa.....
betul x???.....
insyaAllah....
semoga dipermudahkan segala urusan....
aminnn....
nanti ana tulis azam ana di lain entry yer???....
insyaAllah....
ok lah....
sampai disini saja dulu....
jika tidak ada halangan ana menulis lagi....
illalliqa’....
assalamualaikum wbt.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...