Sunday, March 27, 2011

...☆ Pulang Melepaskan Rinduuuu ☆...

Awal kalam bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum buat sahabat sekalian…
Alhamdulillah, akhirnya ana selamat sampai ke bumi tanjung malim nie…
Tapi terasa sangat2 sedih sebab terpaksa meninggalkan ma, abah, abang, adik2, nenek…
Ya Allah, terasa sekejapnyer bersama dorang yang tersayang…
Rasa macam baru ja semalam sampai, hari ini dah nak balik tanjung malim…
Sedih.. sedih..sedih..sedihhhh….isk3…
Sebelum balik tu ana happy sangat sebab boleh balik tanpa ada masalah…
Sumer kelas batal nieh…
Tapiiiii….
Rupa2nya ana ada test khamis malam tuuu…
Lecturer gtau lambat…
Ya Allah, aser nak nangis aser…
Kawan2 len yang nak balik jadi tanak balik…
Tapi ana dah nekad nak balik jugak!!!...
Tiket dah ada ditangan, bas sedang menunggu kat bus stop…
Ana tunggu naik ja…
Tengah hari tu ana call dr. Khalid mintak tuk tangguhkan…
Tapi dr. cakap x leh tangguhkan…
Kalu nak balik kampung kene buat test awal la…
Ana terus setuju tanpa memikirkan pape pun…
Bayangkan nak test akaun…
Susah lar subject tuuu, study pun tak lagi…
Hari nie pun berkejar2 ke BC sebab nak ambik scroll untuk Wan Zuliyati Wan Mustafa (Kak Uli)…
Kak Uli mintak tolong ambikkan…
Ana ikut ja la walaupun tak tahu…
Tapi senang ja pun…
tak susah sangat nak pegi ambik…
tup2 Kak Uli mintak no akaun bank…
dapat duit upah tuuu…hik3
alhamdulillahhh, rezeki murah…
Esok pulak dah nak jawab test depan dr. Khalid…
Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar…
Ana main jawab jer tak tahu betul ke tak…
Ana tawakkal ja pada Allah…
Yang penting malam tu balik kampung…
Dan Alhamdulillah, ana dapat juga balik rumah jumpa insan yang tersayang…
Sebelum tu ana nak ucapkan bebanyak terima kasih buat Wan Zulhilman Wan Mustafa (Hamid)…
Beliau banyak membantu ana dalam kekalutan ini…
“time kasih yer amit tolong kak…”
Terima kasih juga buat Anis Sakinah dan Herni Rekha sebab sudi bantu ana tolong tambahkan, print dan hantarkan eseiment untuk ana…
Rasa terharu sangat2…
Syukran ukhti…
Alhamdulillah, seronok balik kampung…
Sampai ja kat KB, abang datang ambik…
Dalam kete tu dok gelak2 ngn abang sebab ana muntah…
Selalu tak muntah pun…
Tapi sebab ada kejadian yang sangat2 tak tahu nak ungkapkan cmner….
Sebab tu ana muntah…
Pening kepala…ayoyo…
Memang dasyat lah!!!...
Balik tu citer kat ma ngn adik2 yang len…
Mereka2 pun sama jugak gelakkan ana…
Tak henti2 plak tu…
Kelaka sangat la kowwtttt…
Len kali tanak dah balik naik bas luar…
Suh abah or abang ja datang ambik…
Begitulah kisahnya yang ana terpaksa harungi masa nak balik kampung…
Tapi best!!! Ana dapat banyak duit balik tuuu…
Kak uli masukkan duit…
Abang bagi duit…
Tokma kasi duit…
Nenek pun kasi duit…
Tiket balik tanjung malim pun ada orang belanja…
Wahhh, seronok sangat2…
Yang paling penting abang ana belanja ana beli baju raya tuuu…
Warna tu memang yang ana nak untuk raya tahun nie…
Terima kasih buat Mohamad Sahafuzi Bin Mohamad Semsudin…
Terima kasih banyak2 semua…
Sayang kamu semua….

P/s : Suko9…kelik g jupo ngan ma kat Banir Belikong. Oyat ko ma ngide nok make woh deriye. Ma kato woh deriye tak dok lagi lonieh. Sedih sero sebab kelik ingat nok make woh deriye puah2. X sei make kat tanjung malim, tok syok! Hehehehe…

Saturday, March 19, 2011

...☆ Ana Belum Bersedia Lagi ☆...

Awal kalam bismillahirahmanirahim…
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi…
Alhamdulillah…
Ana masih lagi bisa bernafas dengan baiknya dimuka bumi yang indah lagi permai ini…
Syukran Ya Allah atas nikmat yang tidak terhingga ini…
Di saat diri ini terjatuh…
Kau beri kekuatan untuk bangun kembali…
Terus, terus dan terus berjuang…
Alhamdulillah Ya Allah…
Sehingga saat ini diri masih lagi mampu bertahan dengan ujian yang datang…
Syukur dengan ujian yang diberi…
Kerana ujian inilah ana terus rasa ingin mendekatkan diri kepadaNya…
Dan dengan ujian inilah darjat seseorang hambanya diangkat tinggi disisiNya…
Bersabarlah…
Semuanya akan berakhir dengan baik…
insyaAllah…
sebenarnya ana ingin meluahkan rasa hati…
rasa yang dipendam selama ini…
rasanya tak tahu nak mula dari mana…
mungkin orang2 yang tertentu sahaja yang faham…
yang sudah sedia maklum dengan keadaan ana sekarang…
mengenai bila berlangsungnya *********** nie…
ana tak dapat nak gitau lagi bila…
ramai dah orang yang dok tanya2 bila lagi kannnn…
susahnyer ana nak jawab soalan ini…
sebab ana sendiri pun belum bersedia lagi untuk kealam tersebut…
alam yang mana penuh dengan cabaran dan tangunggjawab yang amat besar…
memang ana akui diawalkan lebih baik…
lama2 pun tak elok…
tapi ana masih lagi tak bersedia…
ana cuba untuk bersedia menghadapinya…
ana cuba tengok pengalaman2 kawan2 yang dah berada dialam itu…
semuanya tak memberi ana rasa untuk mempercepatkannya…
banyak sangat2 dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi…
maklumlah masih lagi bergelar sebagai penuntut sepenuh masa…
umur yang masih lagi terlalu muda…
apatah lagi ana yang masih lagi berusia 21 tahun nie???...
untuk sedia maklum ana mengambil jurusan awal kanak-kanak…
jadi, sudah semestinya ana tahu bagaimana keperluan ang sempurna untuk anak2 nanti…
ana nak sangat2 permata hati ana membesar dalam keadaan yang sempurna…
tidak ditinggalkan ibubapa dengan neneknya…
nak menyusu pun tidak boleh…
jadi, semuanya akan terabai…
mungkin tidak sempurna…
asif…
ana tidak pula berkata semuanya macam tuuu…
ada juga orang yang boleh melaksanakan tanggungjawabnya tanpa ada masalah…
tapi mungkin ana yang masih lagi mentah ini…
akan terabai semuanya…
tambah2 yang sidia…
hik9…
betul x???...
kesian la kot…
akhirnya anak, suami, isteri merana merinduuuu…
hihihihi…
jadi, ana mohon biarlah semuanya ditentukan oleh Allah…
jika sudah sampai serunya…
insyaAllah, ana akan memberitahunya…
untuk yang ****** *********** nie…
ana memang mintak maaf sangat2…
bukan la ada niat papa Cuma ana tanak heboh2kan sangat…
maklumlah...
dalam tempoh tu macam2 boleh terjadikan???...
dan memang kiter perlu untuk tidak memperbesarkan hal itu…
lagipun tidak diadakan ****** khusus pun…
hanya biasa2 sahaja…
masa kejadian pun ana tidak tahu papa…
semuanya secara mengejut…
jadi,harap tanak la pasni ada lagi menyebut tentang hal ini…
ana tanak fikir buat masa nie…
kalau difikir kan jadi pening pulak…
jadi, cuba2 untuk menyebukkan diri…
bia la Allah ja yang tentukannya…
mengenai keluarga…
ada yang nak segerakannya dan ada juga memberi cadangan bia la abis belajar dulu…
ana fikir pun biarlah abis belajar dulu…
buat sesuatu perkara tu satu persatu…
barulah semuanya akan menjadi lebih baik dan sempurna…
nnt tak la pula dikatakan…
yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula tercicir…
ana faham semuanya nie tidak elok lama2 kann…
tapi tulah masalahnya…
ana belum bersedia lagi…
macam2 lah ana fikir…
jadi, keputusannya…
ana belum bersedia lagi…
ana akui ana tidak la sempurna…
banyak khilaf yang telah ana lakukan…
setiap manusia tu pasti akan melakukan kesilapan…
termasuklah ana…
Ya Allahhh…
insyaAllah…
ana akan cuba sedaya upaya untuk menjaga…
mengelakkan apa-apa yag tidak patut terjadi…
ana selalu memohon agar Allah sentiasa menjaga hati kami…
pegang hati kami supaya kami tidak melakukan sesuatu yang dilarangNya…
yer, ana tahu ada juga sesetengah yang tidak suka dengan keadaan ana sekarang…
tapi apa yang ana boleh buat…
semua nie hanya ana yang alami…
dan hanya ana jugalah yang faham akan keadaan ini…
tapi Alhamdulillah…
ada juga yang dapat memahami ana…
terima kasih la…
ana hargai semua itu…
itu sajalah…
sampai disini saja ana meluahkan…
terasa sedikit leganya…
Alhamdulillah…
Akhir kalam...
Assalamualaikum…
Wallahu’alam…

P/s : abah kata : ha, buatlah short sem tuu…abis cepat cikit, pastu boleh la nak berlangsung cepat2…(hadoiii, abah nie..sampai hati…teringat 1 lagu, saat lafaz sakinah)

Tuesday, March 15, 2011

...☆ Cinta Demi Allah ☆...

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

Monday, March 14, 2011

...::: Minggu Nie Or Minggu Depan? :::...

Awal kalam bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah, segala puji bagiMu Ya Allah…
Syukur diatas segala nikmat iman dan islam kurniaanMu yang paling tinggi ini…
Malam nie ana nak pot pet pot pet cikit…
Sibuk jer kan???...
Sebenarnya begini ceritanya…
Once upon a time…
Hikhikhik…
(asif,ana hanya bergurau…)
Malam nie ana nak buat keje sumenyer x menjadi…
Hati nie dah duk kat kampung dah…
Sebenarnya ana bercadang nak balik minggu nie…
Rancangnya ana nak balik rabu malam 16hb nie…
Tapi tetiba plak tadi kawan kata ada plak kelas hari khamis…
Aser macam nak nangis pun ada juga…
Maklumlah, rasa nak balik tu dah lama dah sangat2…
Ya Allah, dah la ari tu tinggal rumah dengan keadaan yang ***********…
Yang paling terharu my mom la…
Sambil makan pun dia nangis2…
bila telefon menitis air mata siibu…
ana apa lagi…
air mata turun berderai mencurah2 lah…
sedih sangat2 bila berjauhan dengan family…
adik ana pun dah bnyk kali bertanya bila nak balik kampung…
serba salah jadinya ana…
tak tahu nak jawab aper kat dorang…
abang pun dah sibuk2 duk Tanya bila nak balik…
dan ana bercadang nak balik minggu depan lah…
hari khamis x dak kelas…
jadi boleh balik rabu malam dan datang balik upsi ahad malam…
ok x???...
balik minta restu dulu dari ma abah…
ehem3…hiii
shhh...
hinik sumer mereka2 yang dirindui...


kemek muka2 dihempet...ayoyo! bahagiakan???


hinik Mohamad Syarhan..susah betul nak ambik gmbar ngan dia...


oittt!!!..main air plak!..family gathering time!...


Hinik pulak my little cute sis...rindu nak shopping berjam2 ngn kamooo...

daaaaan..! my cumil cats!..kiki & Nini...

mana gambar ma ngn abah???...
nanti duluuu...
hihihihihi...
ok, tamatlah disini ana bercerita…
hanya sekadar ingin meluahkan perasaan sahaja @ Qurratul ‘Ain…
akhir kalam…
wallahua’lam…

Saturday, March 12, 2011

...::: DI ATAS LANGIT MASIH ADA LANGIT :::...

Terlebih dahulu…
Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum wahai sahabatku sayang…
InsyaAllah, pada malam yang indah nie ana ingin berkongsi sesuatu…ana yakin sahabat semua mesti pelik dengan tajuk tu kan??...pelik ya..?? ehem,x payah dok pening2..!! Itu cuma sebuah perumpamaan semata-mata...

Ingat lah wahai sahabatku yang disayangi semuanya,kita hidup di dalam dunia nie tidak boleh besar kepala, angkuh dan SOMBONG
Nak tau x kenapa..??
Orang yang sombong itu di jauhi teman, jauh dari rezeki, dan masih banyak lagi yang lain2..!!

Sebenarnya disini ana ingin tekankan bahawa kita tak punya daya untuk sombong...
Apalagi menyombongkan sesuatu yang kita punya,padahal semua itu hanya pinjaman dari Allah semata-mata..!!
Kelak suatu saat nanti semuanya akan diambil begitu saja oleh Yang Kuasa dalam sekelip mata...

Bayangkan,jika kita sombong,diwaktu kita tak punya apa-apa yang
boleh disombongkan… betapa malang dan kasihannya diri kita. Kan3???Lebih baik kita bersikap baik, peramah dan tak angkuh dan sombong..!!sebab semuanya tak rugi pun..!!!
malah kita akan Lebih dekat lagi dengan Sang Pencipta..!! seronokkan..??
Jadi,kita sesame saudara seislam janganlah bersikap demikian…jadilah sebagai 1 contoh tauladan yang baik…sebab aper???...itu semua akan menggambarkan keperibadian kita…kita adalah seorang yang baik atau sebaliknya…nauzubillahi min zalik…mesti sumer nak jadi orang2 yang baik kan???...so,aper lagi???...tinggalkan sikap buruk itu…

wahai sahabatku sekalian…

"KITA TIDAK LAYAK UNTUK SOMBONG, KECUALI YANG MAHA KUASA"                                                              tengok nih!..budak kecik pun beleh berbaik2..
wahai sahabatku sayang…
Siapa lagi yang mahu bersikap sombong...??
Yang nak dijauhi teman2..??
Jauh dari rezeki..??
ingin menjadi sahabat syaitan..??
Atau nak sengsara di dunia dan  akhirat..???                                                                        
Yang nak kena azab..???
Fikir2kanlah dan selamat beramal…

P/s : Peringtan untuk diri ana sendiri jua!!..Semoga kita semua senantiasa dilindungi-Nya..!! aminn..




Friday, March 11, 2011

...::: Kesayuan Terasa Ketika Halaqah Bertasbih :::...

Awal kalam bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran ana panjatkan kepada ilahi…
Ana masih lagi dalam keadaan yang baik…
Begitu juga dengan keluarga ana di kampung…
Tadi abang telefon mengkhabarkan satu berita gembira…
Ehem3…
Alhamdulillah…
Hari ini hari jumaat…
Seperti biasa ana x dak kelas…
Dan seperti biasa juga kami2 berhalaqah di BT…
Bagi mengisi masa yang terluang dengan ilmu yang bermanfaat…
insyaAllah…
tamat ja berhalaqah tiba2 seorg akhwat datang…
dia kata jom nak p melawat akhwat kat hospital slim river…
masa tu ana aser gembira sangat2…
sebab dari semalam lagi ana duk berkira2 camner nak g melawat sahabat ana kat hospital tu…
ya Allah…
syukur sangat2 masa tu…
kami pun pegi la ramai2 naik avanza keta akhwat nie…
dan Alhamdulillah akhirnya sampai jua kami…
masuk je kat wad…
ana tengok sahabat baik ana, juga merupakan naqibah yang banyak membimbing ana selama nie…
dia la satu2nya sahabat ana yang sentiasa menjaga…
tiba2 terasa sayu sangat hati nie melihat dia…
terasa nak menitis air mata…
tapi Alhamdulillah…
dia selamat dari operation tu…
dan masa ana melawatnya…
dia masih lagi boleh tersenyum…
dan 1 perkataan yang keluar dari bibirnya yang ana rasa amat2 terharu…
“camner dengan halaqah hari ini?...ok??”
Ya Allah…
Begitu teguh cintanya kepada dakwah kepada Allah…
Ana makin menghormatinya…
“ukhti, ana sayang ukhti kerana Allah…sahabat yang satu2nya yang banyak membawa ana kearah kebaikan…ana bertuah kerana bertemu dengan ukhti dan akhwat2 BT yang lain…syukran,jazillan.”
Semoga Allah sentiasa melindunginya…
Ketika halaqah bertasbih tadi…terasa benar ketiadaan ukhti disisi kami…
Sayu terasa…
P/s : Semalam ana beranikan diri untuk mengusulkan pendapat ana kepada muslimin dan muslimat di surau…dan Alhamdulillah, ana mendapat respond yang baik…malu pula bila melontarkan pandangan dengan penuh semangat…tapi x pa…muslimin x Nampak kerana terselindung di balik tirai…hu3


Friday, March 4, 2011

...::: MRSM Felda, Sungkai :::...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi…
Ana masih lagi dalam keadaan yang baik dan bahagia…
Bahagia???...
insyaAllah…
tapi bahagia dalam terseksa…
sebab aper?...
nak balik kampung x boleh…
x pa…
sabar yer husna???...
nanti abis sumer eseimen…
cabut la…
hiiiii…
dah lama x buka blog nie…
dah penuh dah sawang kat blog ana yang biasa lagi dhaif nie…
sebenarnya ana baru balik dari sungkai nie…
ada program cikit kat sana…
jam 7 malam kami bertolak…
mula2 segan bangat sebab 1 bas ngn muslimin…
hadoiii…
gambar hiasan

dah la dorang naik dl…
jadi muslimat terpaksa melalui muslimin dl…
perhhhh…
tawaduk jalan…
astghfirullahalazim…
masa nie kami2 nak ke MRSM Felda, Sungkai…
ada ceramah kat sana…
sebelum sampai kami singgah jap kat Masjid Ehsaniah Kampung Kelan…
untuk solat maghrib…
lepas tuuu…
driver tu jalan ja…
last2 kami semua makan buah langsat…
hiiii…
jadi, kami pun patah balik…
yang muslimin pun x perasan yg SEK tu dah terlepas…
akhirnya, selamat juga kami sampai di sana…
perjalanan kami memakan masa selama 1 jam lebih…
jauh juga lah…
sampai ja, terpegun kami…
subhanallah…
cantiknyer sekolah dorg…
kalah campus kami tuuu…
memang berbezalah…
kami terus ke surau…
mak aiiii…
besor suraunyer…
macam masjid dah…
dewan tempat ceramah diadakan tu x usah cakap la…
besar dan cantik…
alhamdulillah…
Dengar org berzanji dalam majlis tadi…
Bestttt!!!...
Tapi ada ja yg tertidur…
gambar hiasan

  semuanya berjalan ngn baik…
dalam jam 11 malam kami keluar dewan…
dan terus bertolak balik ke upsi…
sambil2 tu kami makan2 dalam bas…
hiiii….
Pakcik3, jangan marah ea???...
Akhirnya kami tertidur hinggalah sampai ke kolej…
Aser seronok sangat boleh kuar jalan2…
Lupa semua eseimen yg bertimbun nie…
Alhamdulilah…
Paling x sangka…
Sorg akak tu cakap…
Nnt kami2 akan dapat sijil…
Kami semua…
“ha???...dapat sijil???...dengar ceramah pun dapat sijil???...”
Hiiii…
Ok la tu kan???....
Tapi yg penting…
Ilmu yg diperoleh dari majlis tuuu…
Sijil x penting punnn…
Kan3…
Ok la…
Tamat disini saja ana bercerita…
Wallahua’lam…
P/s : alhamdulillah, minggu nie aser ok cikit berbanding minggu lepas…Kat khar pun banyak bt xtvt yg bermanfaat…Hilang la cikit aser sedih ana nie…Jalan2 kat pesta buku…Ternampak 1 buku “Begitu Romantis Rasulullah SAW”…belek2 aser macam best…tapi buku nie hanya untuk org yg nak atau sudah ****** saja kot...hiii sambil2 dok menunggu tarikh    …::: 23 mac 2011 :::…






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...