Tuesday, December 21, 2010

...::: NUR QURRATUL ‘AIN :::...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Hihihihihi....
Menulis lagi ana disini...
Ana tahu sahabat semua mesti bosan dah sebab asyik baca ja...
Kan?...kan?...kan?...
Tapi x pa lah....
Ana nak citer cikit....
Klu sahabat setia ana yang selalu ziarah blog dhaif ana mesti tahu nape...
Mesti tertanya2....
Tertanya apa???...
Hihihihi....
“kenapa dari RAUDATUL JANNAH bertukar ke QURRATUL ‘AIN???...”
Blog title ana lah dah bertukar....
Hmmm,nak tahu kenapa???...
Tanak tahu???...
Tanak tahu sudah....
ana gtau kat sahabat yang nak thu ja...
Hihihihihi...
Ana tukar blog title ana ke “Qurratul ‘Ain” sebab seseorang....
Hah???...sebab seseorang??....
Yer...
Beliau adalah seorang lecturer ana ketika ana sedang menuntut di bumi pulau pinang....
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
Namanya Nur Qurratul ‘Ain...
Indah ciptaanNya....
Subhanallah....
Beliau begitu ayu bertudung litup....
Walaupun tanpa secalit make up....
Pertama kali beliau masuk ke kelas....
Ana sudah tertarik dengannya...
Cara bercakap...
begitu sopan...
punyai raut wajah yang cantik...
putih...
ana suka dengan caranya mencurahkan ilmu...
penuh dengan kesabaran....
lama-kelamaan...
ana menjadi rapat dengannya...
segala masalah ana rujuk padanya...
berkongsi pendapat...
terasa ana punyai kakak yang begitu baik dan sayang ana....
memandangkan ana pun tidak punyai kakak...
sepanjang ana bersama dengannya...
beliau selalu tunjuk gambar suami tercintanya...
memang sepadan lah...
macam pinang dibelah dua...
beliau juga sudah mempunyai cahaya mata....
puteri sulungnnya....
cute sangat2 sama macam mamanya....
hihihihihi....
lama-kelamaan beliau gtau ana yang beliau mualaf....
subhanallah...
muka macam melayu...
tapi bila diamati balik..
memang ada Nampak macam cina....
putih....
ana sangat2 bersyukur beliau telah memilih agama Allah....
sungguh bertuah...
lagipun beliau masih lagi muda...
umur 20an...
banyak kenangan manis ana bersama beliau....
selepas keluar dari KMPP....
kami dah tak berjumpa lagi...
ana nak sangat2 pergi ziarah kat penang...
tapi ada saja halangannya....
tapi insyaAllah....
ana pasti pergi...
hanya untuk bertemu denganmu
...::: NUR QURRATUL ‘AIN :::...
Ana rindu sangat2 kat beliau...
Mudah2an beliau berada dalam keadaan yang sihat selalu...
Bahagia bersama suami dan anak yang tercinta....
Aminnn....

P/s : Ana pun sangat2 rindukan (umi)puan shaharom...kerana beliaulah ana telah Berjaya mendapat “A” dalam subjek biologi....alhamdulillah, ana bersyukur punyai guru sepertinya...beliau mencurahkan ilmu pada kami bukan seperti kepada pelajar tetapi seperti ibu kepada anak2nya...Ya Allah...rindunyerrr,teringat bila last jumpa ana peluk erat umi..seerat2nya...ana dan umi menangis..basah tudung kami...syukran umi,jasamu akan sentiasa dikenang...dirimu takkan pernah ana lupa...ana juga terkilan!..penat lelahnya mendidik ana sehingga peroleh result yang cemerlang tetapi ana tak dapat teruskan impiannya untuk terus dalam bidang Biology...umi,maafkan husna... L sayang umi selamanya...muah7...rindu umi sangat7...sayang umi sangat7...

...::: Ana Terkilan :::...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Salam ukhwah seluas mahabbah buat teman2 seperjuangan....
Alhamdulillah....
Ana masih lagi dibekalkan oksigen yang cukup sempurna dari Allah...
Untuk terus bernafas dibumi Allah yang indah lagi permai ini....
Subhanallah....
Begitu besar nikmat yang telah Allah berikan pada kita semua....
Cuba bayangkan kalau oksigen tidak diberikan secara percuma???...
Kene bayar?...
Bolehkah sahabat semua bertahan dengan keadaan sebegitu??...
Subhanallah....
Alhamdulillah Ya Allah...
Hari ini ana masih lagi berkesempatan untuk menulis dalam blog ana...
Sebenarnya ana hanya ingin berkongsi duka ana ini....
Hari ini ana terasa amat sedih sangat2....
Sebab apa???....
Sepatutnya hari nie ana ada liqa’ bersama akhwat2 senegeri (Kelantan)
Liqa’ nie diadakan di masjid muhammadi, kota bharu, Kelantan....
Start pada pukul 9.30 pagi...
Tapi disebabkan ada kekangan yang tak dapat dihalang....
Ana tak dapat hadirkan diri ke liqa’ tersebut....
Tidak dinafikan lagi liqa’ nie akan menguatkan lagi ukhwah antara kami2...
Malah ana juga mungkin dapat berkenalan dengan akhwat2 yang baru....
Tapi...
Its ok yer syarfa’ husna.... jangan sedih2....
La tahzan innallaha ma’ana....
J
Ana rindu kat akhwat2 di UPSI.....
Dah lama dah aser tak jumpa...
Ukhti anis, ukhti aqilah, ukhti yanni, ukhti nurul, ukhti dilla, ukhti nida, ukhti thalathiah...
insyaAllah....
nanti kiter jumpa yer???....
J
Assalamualaikum....
Illalliqa’...


 P/s : Teringat kenangan terindah kami2 semasa berada di tasik proton city (sem 1) dan rehlah di kalumpang (sem 2)....

...@ Sungguh Aneh @...

Sungguh aneh bagi seseorang yang merasakan dirinya sebagai Da'ie ilallah namun tidak dapat menikmati kemanisan solatnya! Bukankah jalan hidupnya terlalu sukar, bebannya tidak tertanggung dan simpang siurnya terlalu banyak dan mengelirukan?



Bukankah segala penat lelahnya, segala pengorbanannya, setiap titisan keringat dan air matanya untuk Dia, Pemilik jiwa dan kehidupan?

Bukankah segala rindu dan cinta, segala harap dan asa bahkan seluruh rasa tawakkal hanya padaNya?

Kenapa kini, ketika tubuh sedang mengadapNya, sedang jiwa dalam perhatianNya....kita tidak menemuiNya dalam hati kita? Bahkan kita tidak temui cinta dan rindu padaNya.

Benarkah segala yang kita korbankan selama ini untukNya? Benarkah yang kita cari selama ini adalah redhaNya?


Sungguh aneh bagi seseorang yang merasakan dirinya sebagai Murabbi ilallah namun umurnya tidak menambahkan keakrabannya dengan Al Quran! Bukankah hidayah itu milikNya, yang membolak balikkan hati itu adalah Ar Rahman bahkan yang memberi taufiq dan kekuatan itu juga adalah Dia yang Maha Agung.

Bukankah jiwa manusia itu terlalu liar dan rumit untuk difahami sedangkan jalan menundukkannya itu berada dalam KalamNya? Bukankah Kalimah-KalimahNya mampu memecahkan gunung apatah lagi menundukkan hati manusia?

Bukankah kehidupan itu sendiri sukar untuk dimengerti apatah lagi dikendali sedangkan segala PengajaranNya telah tersedia dan terpelihara dalam mushafNya namun kenapa jiwa kita masih mampu jauh dari panduanNya?

Benarkah kita sedang mengajak manusia kepadaNya? Benarkah langkah kita sedang mendekatkan diri kita padaNya?

Jadi...
Milik siapakah jiwa ini?
Untuk siapakah segala pengorbanan yang ku curahkan selama ini?
Dan kepada siapakah diri ini akan kembali?

Catatan ini untuk diriku yang sedang menangisi kegersangan hati, sengaja dikongsikan dengan sesiapa yang turut mengalaminya. Semoga Allah menjadikan kita sentiasa dalam RahmatNya. Ya, hanya RahmatNya yang akan menyelamatkan kita dari azab siksa Neraka dan mengantar kita ke Syurga.

P/s : Astghfirullahalazim3....

...::: Puisi Untuk Teman :::...


Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangijuga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsuitu,
Nafsu raja yang menggila!Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya kranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!

Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakanI love you.
Kerana engkau percaya..DIA yang terbaik.. 

Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,yang terlalu pedih,
yang terlalu seksa,
yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yang terbaik
Sedangkan kita tidak.ALLAHualam.
Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kepadanya
Engkau akan gelisah andai DIATidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..Dan itulah cinta hakiki..Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenar
Insya ALLAH!!

Monday, December 20, 2010

.........CORETAN BUAT TEMAN..........



Duhai teman...
dalam pertemuan semusim yang lalu...
kita simpulkan benang-benang ukhwah...
kita semaikan benih persahabatan....
menjadi pohonan rendang...
lalu bersama kita pelihara ia...
agar rimbunan dedaun memayungi...
ketika panas sebagai perteduhan...
rintik gerimis tidak membasahi kita...

Duhai teman...
antara kita terkadang terlepas bicara...
pasti ada jiwa yang tersentuh...
setangkai hati mungkin terguris...
namun ego sering menguasai diri...
kerana itu tiada kemaafan ku pinta...
membiar lara merawan naluri...
tetapi teman....akan kah nanti engkau mengerti...
andai setitis air matamu tumpah kerana egoku...
pasti seribu penyesalan menghimpitku...
dalam diam ku tangisi segala ketelanjuran...

Duhai teman....
seperti juga dirimu....
dalam senyum dan tawa...
bukan bermakna aku bahagia...
namun ada sendu yang cuba ku sembunyikan....
bukan tidak ingin aku kongsi...
tapia aku suka ketika riamu...
memberi ceria di titian hariku...
menguntum harapan dan sinar baru...
untuk ku sematkan kekuatan dan ketabahan diri...
dalam meneruskan perjuangan kita....

Duhai teman....
sekali pun jarak beribu batu...
memisahan kita mungkin di suatu ketika..
tetapi ingatlah teman...
sebutir biji benih yang baik...
dimana pun gugurnya...
pasti tumbuh menjadi pohon rendang...
menguntum bunga kembang berseri...
harumannya wangi mendamaikan...
menghasilkan buah yang manis isinya...
memberi nikmat bukan hanya pada rasa...
terkandung khasiat bermanfaat di dalamnya...

Duhai teman....
tiada kata secantik bahasa...
tiada madah seindah puisi...
untuk ku nukil kan rasa hati...
betapa kehadiranmu membahagiakan....
mengisi ruang-ruang kosong di hatiku....
menyingkir lorong nan sepi...
walau tidak ku lafazkan kasihku....
tetapi siapa sebenar dirimu telah ku zahirkan...
engkaulah teman engkau lah sahabat....
 

Duhai teman...
pada Ilahi kita pohonkan...
moga pohonan itu terus berbunga....
menebarkan haruman pada kita....
mendamaikan segenap ruang hati....
doaku mengiringi perjalanan....
semoga engkau gagah berdiri....
menempuh ujian dan cabaran mendatang.....

P/s : Khas buat sahabat seperjuangan ana yang selama ini sentiasa menyokong ana....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...