Friday, December 16, 2011

...::: Seni Khat Jawi Tak Jadi :::...


Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi...
dengan llimpah kurnia dan inayahnya...
ana masih lagi bisa bernafas dengan bebas di muka bumiNya...
alhamdulillah ya Allah....
syukur alhamdulillah jua...
dalam 2 3 hari nie ana terasa sangat2 senang hati...
setelah terlalu banyak melalui jalan yang penuh onak duri...
akhirnya ana dapat rasakan...
subhanallah, indahnya nikmat kurniaanMu ini...
x dapat ana nak jelaskan dengan kata2....
subhanallah...

insyaAllah, malam2 yang sunyi n sepi nie ana nak cerita somthing...
tapi x taw la best ke x kan....
tp ana yang terover excited nie....
hehehehe...
alhamdulillah, semester 5 ana ada menyertai kelab....
KELAB TULISAN JAWI
Allah ja yang tahu...
mmg seronok masuk kelab nie...
mula2 awal2 sem kami belajar jawi....
biasa la tu kan....
bila dah nak akhir2 baru kami didedahkan dengan tulisan seni khat....
memang excited...
seronok....

insyaAllah, kat bawah ada sedikit gambar yang nak ana tunjukkan....
tapi ia tidaklah secantik macam yang ustaz buat...
maklum la, kami x diajar bagaimana cara2 nak menulisnya...
kami masuk kelas terus buat ja....
sebab masa x mengizinkan...
x pa la...
at least kami mencuba...



Ini khat naskhi..
khat pertama yang ana buat...



hasil kerja ana yang x jadi...
ayoyoooo...
mmg kelaka la...
tulisan x cantik pun tapi ana puas hati...





Nie khat Tsuluts
hasil kerja ana yang kedua...



hinik pun sama jugak...
biasa2 ajer...



khat yang ketiga pula...
khat Diwani...
tulisannya nie macam pelik cikit...
ana nak buat pun susah....
terbelit2 kayu resam tuu....



ok x??...
mesti ada owg gelak2 sebab kelakar tulisan yg ana buat nie..
kan???



yang nie khat surah Al-Fatihah...
last skali yang ana buat....
berpeluh nak buat walau mmg x ikut yg betul...
main redah ja tulis yer...
tapi ana puas hati...
ustaz kata "ha, cantik pun...lawa la..nie x belajar ag cara nk tulis yg betul pun dh cantik...
kalu belajar betul2 lagi cantik..."
ustaz siap suh masuk kelas ag suh belajar betul2...
insyaAllah ustaz...:)



khat yang keempat....
khat Farisi...
yang nie rasa macam kemas cikit...
kan9??...
hehe...puji diri sndri plak...

hinik la hasil yang ana dapat buat hnya dalam masa 2 jam buat...
x belajar pun camner cara yg betul nk tulis...
tp x pa, ana seronok...
ustaz kata nk belajar buat 1 rumah ambil masa 3 jam...
mmg x smpat la...
kami nie dikira dah terrer la sbb buat semua huruf dalam masa 2 jam ja....
hihihi....
ustaz yg kata g2....
Alhamdulillah, seronok belajar...
ustaz pun baik...
tersa dah jatuh cinta dengan ehem3....
SENI KHAT JAWI...
insyaAllah, andai berkesempatan...
boleh diteruskan untuk belajar dengan lebih mendalam ag...

P/s : Alhamdulillah, semester 5 hampir berakhir, hanya menunggu ke dewan peperiksaan saja lagi...
add subjek tuk semester 6 dah pun selesai...alhamdulillah, Allah sngt2 mempermudahkan tambah2 bila perlu berjumpa dengan PA nk tambah jam kredit...22 jam kredit. subhanallah...moga dipermudahkan lagi..insyaAllah...:)

Friday, December 2, 2011

... Jika dia bukan jodohku ...





Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9,
“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.

...::: Sayanggg semuaaa :::...


Assalamualaikum...
selamat pagi semuaaaa....
weekend nie x taw nk buat apa...
ada ja eseiment yang belum siap ag tp mood nk buat tu x dtg2 ag...
haduiiii, apa la kamu nie syarfa' husna...
nak kene hantaq mggu depan dah...
hmmmm, bosan2 duk saje....
nk buat pa?...hihihi
buat la papa yg berfaedah yer?...
mcm kat bawah nie...
best!!!..

...::: PROGRAM REHLAH @ GUNUNG LANG :::...


jalan-jalan
seronok naik bot



hinik yang palinggg best...
KFC merangkap RFC
buatan Akhwat UPSI...



kenangan bersama Ustazah Noraqilah
@ air terjun Gunung Lang



kenangan bersama akhwat sebelum pulang...
miss u olz...
next plan nk ke mana plak???...
masa study week??
Bukit Fraser??
Bukit Larut??
Pulau Pangkor???
hehehe...

Thursday, December 1, 2011

...::: Pesanan Buat Calon Suamiku :::...

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wbt...
insyaAllah, sama2 kita berusaha untuk mencari ilmu...
bak kata DR.FARHAN DAN FATIMAH SYARHA...
cintailah kepada ilmu...
Cinta tidak semestinya hanya cinta pada pasangan sahaja (suami isteri)...
tapi cinta kepada Allah yang kekal abadi... 

ehem3...
wahai calon2 suamikuu....

JADILAH SUAMI SEPERTI INI  YER???....




Suami : “sayang.. abang pergi kerja dulu ya.” 
Isteri : “Abang tak sarapan dulu ke?” 
Suami : “Tak sempat la.. abang nak cepat nie.” 

Lalu si suami mencium dahi isterinya dengan mesra dan berkata...

Suami : “Inilah sarapan pagi abang!”

*WALAUPUN TINDAKANNYA KECIL TAPI IA PENUH BERMAKNA!
WALAU SEKALI KAMU TERLUPA, PASANGAN KAMU AKAN INGAT SAMPAI BILA-BILA! 
InsyaAllah..





P/S : Ops!!! hinik HANYA UNTUK SUAMI ISTERI SAHAJA!!! hehehe...

...::: Doa Hatikuu :::...




Ya Allah, Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka 
dan lembutkan hatiku untuk mereka..

••► Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, 
diatas didikan mereka padaku 
dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

••► Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka 
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenanMu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan yang berlipat ganda.

••► Ya Allah
Bila maghfirahMu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafaat untukku.
Tetapi jika sebaliknya, 
maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunanMu di tempat kediaman
yang dinaungi kemuliaanMu,ampunanMu serta rahmatMu....

••► Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, 
serta anugerah yang tak berakhir 
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

••► Amin Ya Rabbal Alamin..

••► Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita sering menitiskan airmata ibu dan ayah kita..Istighfarlah,Istighfarlah...

••► Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang mempedulikan dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan
didunia ini.

••► Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu ini..




...::: Cahaya Seorang Isteri :::...



☆•♥ Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” 
( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)





☆•♥ ”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja kamu suka.” 
(Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)

☆•♥ ”Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya. Padahal suaminya tidak senang.”
(Hadith riwayat Hakim)





☆•♥ ” Hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melakntanya dan para malaikat memarahinya kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” 
(Hadith riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)

☆•♥ ”sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.” 
(hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

☆•♥ ”Tidak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya.” 
(maksud hadith)




...::: Sayang Ibu Anda??? :::...


Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...
insyaAllah, ini n3 khas buat my ma yg tercinta...
saat2 anakmu merinduimu yg teramat sngt...
orang sayang ma sngt2...
terima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu ibu...





Orang kata aku lahir dari perut ibu ! (Bukan Orang kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku..IBU...
Bila lapar , yang suapkan aku..IBU..
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku..IBU..
Kata ibu , perkataan pertama yang aku sebut..IBU..
Bila bangun tidur, aku cari..IBU..
Bila nangis , Orang pertama yang datang..IBU..
Bila nak bermanja, aku dekati..IBU..
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah..IBU..
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya..IBU..
Bila nakal , yang memarahi aku..IBU..
Bila merajuk , yang memujukku cuma IBU..
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah..IBU..
Bila takut , yang tenangkan aku..IBU..
Bila nak peluk , yang aku suka peluk..IBU..
Aku selalu teringatkan..IBU..
Bila sedih , aku mesti telefOn..IBU..
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahu..IBU..
Bila bengang , aku suka luah pada..IBU..
Bila takut , aku selalu panggil, " IBUUUUU! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah..IBU.. .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga..IBU..
Bila buat hal , yang marah aku dulu..IBU..
Bila ada masalah , yang paling risau..IBU..
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..IBU..
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..IBU..
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku..IBU..
Yang selalu berleter kat aku..IBU..
Yang selalu puji aku..IBU..
Yang selalu nasihat aku..IBU..

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..IBU..

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari Pasanganku .
Bila sedih , aku cari IBU..
Bila berjaya , aku ceritakan pada Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada IBU..
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat IBU..
Bila nak bercuti , aku bawa Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah IBU..
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , IBU ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn IBU !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk IBU !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau pulang untuk menjenguk ibu??

" IBU bukan nak wang ringgit kamu,cukuplah sekadar perhatian dan kasih sayang darimu,nak... "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau ibu sudah tiada??

" IBUUUU! RINDU IBU ! RINDU SANGAT2 ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .


Wednesday, November 30, 2011

...::: 7 Tangisan Kekuatan :::...





1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah

2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.

3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.

4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.

5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana

6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya

7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.


...::: Dia Lebih Memahami :::...


Bismillahirrahmanirahim....
Assalamualaikum wbt...
insyaAllah, sedikit tazkirah tengah malam sebelum ana lelapkan mata...
sama2 kita hayati yer?...


Kita tulis benda-benda baik., tak semestinya kita baik....

TAPI, sekurang kurangnya kita tak tulis benda-benda tak baik kan????

Kite cakap benda baik, tak semestinya kita baik...
TAPI, sekurang-kurangnya kita tak cakap benda- benda tak baik kan????

Kita buat baik, tak semestinya kita baik...
TAPI sekurang kurangnya kita tak buat benda yang tak baik kan????

~Kalau kita cakap kita baik, confirm kita tak baik  (>_<)

Kita bukanlah bagus sangat...

TAPI Insyallah, kita menuju dan berusaha untuk menjadi yang BAIK...
>>Kepada semua, jangan dimatikan sifat ingin berubah dengan perlian, cacian, sindiran..Jangan hiraukan pandangan dari orang lain..berubahlah kerana Allah!!

Apabila terdetik hati kita untuk berubah, Allah sedang pandang kita dengan pandangan kasih sayang... Jangan sia siakan...

~ Selagi nafas boleh dihela, selagi itulah pintu taubat masih terbuka ~
InsyaALLAH..


Monday, November 14, 2011

...::: Fobia Hari Ke-2 Raya Haji :::...


Assalamualaikum w.b.t...
Ya Allah, lama dah x menjenguk blog nie...
apa lagi menziarah blog kawan2...
skrg keadaan yang sangat kritikal...
assignment yang bertimbun nie...
sangat memeningkan kepala....
tapi x apa la...
biasalah...
inilah yang dikatakan 
"KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG MAHASISWA/I"
memang dah x boleh lari....
kan9?

FOBIA HARI KE-2 RAYA HAJI 
x hilang2 ag nieh....
naper la jadi gni....
aper benda yang buat pun x menjadi...
semuanya macam layuu ja...

apa kata ma dan abah???
ntah la...
tapi alhamdulillah, apa yang dirancang berjalan dengan lancar...
macam faham2 ja kan???...
hihihihi...

tapi tu la....
kecian SB...
puncanya C lah!!!
eeeiiii, p main jauh2 nuh!!!..
aper lah...
menyibuk ajer...
bosan betul!!
shhhh!!!
pegi!..



P/s : Ntah la, x tahu dah nak pesan apa.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...