Ya Allah…
Kurniakanlah kami pasangan yang soleh…
Yang menjaga dirinya…
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
Yang sentiasa memperbaiki dirinya…
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
Yang baik akhlaknya…
Yang menerima kami apa adanya…
Yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
Kabulkan ya Allah…
Kerana hati kami teramat lemah…
Ya Allah..
Kami mohon ampun atas dosa selama ini
Dosa-dosa kami..
Andai tak menjalankan perintahMu
Andai tak pedulikan NamaMu
Andai tenggelam melupakan diriMu
Ya Allah..
Sempatkanlah kami untuk bertaubat
Untuk hidup di jalanMu
Untuk penuhi keewajipanku
Sebelum tutup usia ini..
Sebelum kami kembali kepadaMu..
Ameen ya rabb
Nota hati: Sahabat, jika benar engkau cintakan dia, maka ada dua pilihan buat dirimu. Samada mengikat hubungan antara engkau dan dia dengan suatu ikatan yang sah, ataupun tinggalkan dia. Aku tahu, sangat sakit dan pedih untuk meninggalkan orang yang dicintai, tetapi teman, jika engkau benar-benar mencintai si dia, justeru pilihlah antara dua pilihan itu, kerana aku pasti engkau tidak mahu menjadi penyebab kekasihmu dijilat jahannam kelak. Aku tahu bukan senang,tetapi berusahalah! Dan aku akan senantiasa menyokong dan mendoakanmu sahabat.
No comments:
Post a Comment