Saturday, December 18, 2010

...::: IMAN ZERO :::...



Assalamualaikum dan salam ukhwah seluas mahabbah...
Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran ana panjatkan kepada Allah...
Kerana ana masih lagi diberi peluang untuk meng-update blog nie...
Dan pada kali ini ana nak sambung lagi topic perbincangan kita yang lepas iaitu...
IMAN MAXIMUM...
Kali ini ia berkisarkan tentang IMAN ZERO...
Entry ini untuk ana diri sendiri terutamanya...
Yang sememangnya iman yang lemah...
Lagi2 dalam cuti semester nie...
Muta’baah ana sangat teruk...
Malu ana pada Allah tak terkira...
Astghfirullahalazim...
Moga2 perkongsian ini dapat memberi kesedaran pada ana dan sahabat semua...
insyaAllah....


Sekarang kita nak tengok bagaimana pula iman minimum dan iman negative. Saya petik kata-kata iman Ghazali dlm kitab karangannya, 'Mukashafah Al Qulub.'-(penenang jiwa), katanya-"iman itu ialah kepercayaan dan keyakinan kita dan ia dicerminkan melalui perbuatan."

Firman Allah dlm banyak tempat,' الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ 'maksudnya ialah org yg beriman dan beramal soleh. Jelas, kita belum beriman kalau kita takde koleksi amal soleh. Ok, jom lihat iman yg kosong. Rujuk graf di bwh. Pada point 3, iman berada di nilaian kosong. maksudnya?


Saya mulai dgn point 3 dulu. Kejap lg saya cerita pasal point 2. Ok. Apa yg terjadi pada point 3 ialah kita berada dalam keadaan tak mempercayai, tak meyakini dan tak beramal. Ketika itu kita berada dlm keadaan yg sgt lemah. Amalan kita pun sgt sedikit dan keinginan utk membuat maksiat sgt membuak-buak.

Sebagai contoh : Seseorang akan merasa sgt malas nak berwuduk utk solat , sebaliknya dia sgt rajin utk buat benda-benda lagho sprt surf internet, tengok tv, download lagu..bla..bla..bla.. Andaikan saja, layakkah bagi kita membaca surat khabar hari-hari sedangkan Quran 1 helai pun malas? Dan ketika iman tgh berada di sekitar zero juga, asa nak buat dosa tu memuncak. Mungkin rasa nak tengok benda lucah, mungkin rasa nak mencuri atau paling kurang rasa nak berboros, makan berlebihan, idur berlebihan, lagho' atau mungkin juga rasa malas nak berkemas, malas belajar dll.

Semua perasaan malas ini dtgnya kerana kita ragu-ragu dgn janjiNya. Jadi, bagaimana nak handle situasi iman zero agar tak jd iman negetive? Ini sekadar pendapat peribadi saya dan amalan saya ketika iman zero (bukan utk riak, cuma utk contoh shj). Saya akan pastikan solat saya okey. Seberat mana pun rasa hati, solat tetap mesti dikerjakan dgn berjemaah kerana mencari berkat dan redha Allah dan rasul. Mmg masa iman zero, kita akan rasa sgt-sgt malas nak beribadah. Jadi, saya hanya akan pastikan solat saya dibelakang imam, tapi subuh kdg-kdg lewat jugak.  Saya juga akan melakukan amalan yg mudah sprt berzikir. Banyak choice dan options dlm berzikir. Terpulang kpd kita shj. Nak baca Quran pula rasa malas...Jadi sy pasang aja bacaan Quran dari laptop dan dengar.

Tak dinafikan mmg bila iman nearly zero, rasa nak buat dosa membuak-buak. Jadi bagaimana nak kawal?Ini juga hanya cadangan saya shj..

1.      Kita kena bertangguh-tangguh. Bertangguh-tangguh ni sifat syaitan,tp ia bukan dlm urusan maksiat kerana syaitan akan sentiasa membisikkan kejahatan non-stop.Jadi,dgn bertangguh-tangguh ni,insyaAllah rasa tu akan hilang sendiri.
2.      Kita kena sibukkan diri. Mesti anda pernah dengar kata bijak-pandai islam,"Sibukkan dirimu dgn ibadah,nescaya kamu takkan ada masa nak bermaksiat".Paling kurang,kita sibukkan lah diri dgn buat benda yg baik,mcm basuh baju ke,kemas rumah ke,basuh pinggan ke,main bola ke,jonging ke..apa-apa la yg dpt mengelakkan kita drpd asyik fikir nak buat dosa je.
3.      Duduk dgn org ramai. Tapi yg lebih tepat,duduk dgn org baik.Dgn automatik,rasa malu akan dtg jd takkan kita tergamak nak bermaksiat dpn org ramai kot.Saya petik kata-kata imam ghazali dlm kitab yg sama-'Sesiapa yg tak memiliki sifat warak pasti akan terjebak dgn maksiat sembunyi-sembunyi'.
4.      Tidur. Of course la tidur berlebihan ni sgt best tak baik,tapi at least it's much better drpd buat maksiat.kan?
5.      Pasang bacaan Quran. Yang ni bagi maksiat internet.Logiknya,takkanlah takde timbul rasa malu utk bermaksiat dgn iringan alunan kalamullah.
6.      Zikir. Sy dah terangkan td.Zikir ni ialah 1 defense mechanism bagi muslim.Tu pasal org yg banyak zikir,tak banyak bermaksiat.Zikir sgt senang,tak payah wuduk,tak payah hadap kiblat.Tengah buat dosa pun boleh zikir.InsyaAllah automatik malu dan stop.
7.      Doa. Yg ni la paling perlu.Mintak bantuan agar diperkukahkan iman dan di update kan anti-virus. Boleh rujuk surah 60 ayat 40.

Rasanya 7 cara ini pun dah banyak kot.Tapi kalau mungkin juga kita dah buat 7 benda ni (yg saya punya pandangan shj, takde dalil dan nas pun, maka boleh jadi ada benda yg salah), maka kita buat dosa tu pun dgn rasa malu, takut, bersalah, dan sorok-sorok. Saya pernah tulis kisah pemuda minum arak sorok-sorok dlm toilet. Apa yg penting, kita wajib berusaha!Wajib bersungguh-sungguh dlm usaha!

Take note: saya bukanlah menganjurkan anda buat dosa, tapi apa yg saya nak highlight kan disini ialah, kalau dah tak mampu sgt nak tahan dan memang'ter'buat juga, maka buatlah dgn keadaan diri kita sendiri tak redha apa yg kita buat tu. Jgn berbangga dgn dosa, tapi malu dan timbulkanlah rasa sesal itu. perbaharuilah taubat dan keazaman utk berubah!
Firman Allah dlm ayat 2 surah al-Ankabuut; Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji ? 

Kita semuanya loser, kalau kita tetap melakukan maksiat. Tapi pintu taubat tak pernah tutup selagi kita hidup. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang juga. Tapi satu perkara kita kena ambil berat iaitu; setiap dosa kita kalau tak melibatkan org lain, anytime anywhere Allah akan ampunkan (Hanya kalau kita tau buat taubat) tapi kalau dosa kita melibatkan org lain(cth; mencuri,mengumpat,ajar dia buat dosa), maka kita kena mintak maaf kat org tu!

Ok kot,setakat ni saja dulu. saya ingat nak abiskan perbincangan ni terus tapi nampaknya kena sambung 1 lg entry la. Apapun,moga kita berada dlm keadaan iman zero ni tak lama dan moga kita tak mati selain mati dlm keadaan iman maksimum.

P/s : iman zero??????.......astghfirullahalazim....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...