BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka'abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..
USIA 25TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina AbuBakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
· Khadijah Binti Khuwailid
· Saudah Binti Zam'ah
· 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
· Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
· Zainab Binti Jahsy
· Maimunah Binti Harith
· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
· Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
· Qasim
· Abdullah
· Ibrahim
· Zainab
· Ruqaiyah
· Ummi Kalthum
· Fatimah Al-Zahra'
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
· Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy.
· Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
SAUDARA SUSUAN
· Thuwaibah
· Hamzah
· Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
· Halimah Al-Saidiyyah
· Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
· Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
· Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
· 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK
KEPADA ABDUL MUTTALIB)
· Al-Harith
· Muqawwam
· Zubair
· Hamzah ***
· Al-'Abbas ***
· Abu Talib
· Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
· Abdul Ka'bah
· Hijl
· Dhirar
· Umaimah
· Al-Bidha (Ummu Hakim)
· 'Atiqah ##
· Arwa ##
· Umaimah
· Barrah
· Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** *** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku
nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
No comments:
Post a Comment