Wednesday, October 5, 2011

... Sehelai Jilbab ...





kerana SEHELAI JILBAB membawa seribu perbezaan..

••
Alangkah indahnya kulihat, berjalan seorang muslimah mukminah..dengan diri yang di tutupi jilbab labuh, dia berjalan penuh tawadhu'..

••
Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang tenang, yakin, berwibawa, penuh dengan semangat mujahidah..

••
Di sebalik fizikalnya yang mengetarkan jiwa-jiwa..bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan untuk mengenali Allah dengan lebih dekat, ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan mengingati Yang Maha Esa..

••
Ada seulas bibir yang merah bak delima sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah..ada sepasang mata yang redup, yang cukup terjaga dari pandangan maksiat..

••
Setiap gerak lakunya cukup mengambarkan keperibadian dirinya yang lembut dalam tegas...

••
Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya, bahasa badannya yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA...

••
Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan, melainkan hikmah, haq serta mutiara-mutiara ukhuwah...

••
Hanya dengan melihat pada perwatakannya, sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati ALLAH, agar segera berfikir tentangNYA..SubhanAllah...

Q 'A : jangan disangka labuh tudungku tanda alimnya diriku...aku juga masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan..kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi tapi melindungi jua mengingatkan diri ini untuk menjaga setiap gerak-geri..kerana akhlak itu bunga diri...



2 comments:

  1. Assalamualaikum akak..

    tersentuh dengan tulisan akak ini..syukran atas peringatan dan kata-kata ini..

    ukhuwahfillah;)

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam...

    syukran, skdar perkongsian bersama dan juga peringatan untuk diri sndiri...

    ukhuwahfillah cyg :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...