Sunday, February 20, 2011

☆ DOA PENYERI MUKA ☆

1.   Jika anda inginkan muka berseri perlulah membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik-baiknya selepas solat)

Maksudnya:

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku)

2.  Kemudian setelah membaca surah tersebut teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

Maksudnya:

“dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.”

PERINGATAN:

a. Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda.
b. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh.
c. Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...