Sunday, February 6, 2011

☆ Renungan Buat Para Da'ie ☆

Sahabatku…

Dalam kesakitan teruji kesabaran…
Dalam perjuangan teruji keimanan…
Dalam ukhuwwah teruji keikhlasan…
Dalam tawakkal teruji ketakwaan…
Dalam kerinduan teruji kesetiaan…

Sahabatku…

Andai kau tahu betaba besarnya pahala memikir, merancang, menyusun dan membantu islam, nescaya kau tidak akan tinggalkan tugas jihad ini walaupun sesaat…
Andai kau tahu betapa azabnya meninggalkan tugas amar ma’ruf nahi mungkarserta melaksanakan tugas-tugas khalifah, maka pasti dikau menghargai sesaat pemberian Allah…
Andai kau tahu betapa tingginya nilai persahabatan atas dasar aqidah islamiah, nescaya dikau berusaha mempertautkan dan menutup lubang-lubang perosak mahabbah…

Wahai sahabatku sekalian…

Seringkah kita terfikir…
bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi kita…
tetap senyum bila dibenci…
tetap tenang bila dimusuhi…
tetap membantu walau disakiti…
tetap menyeru walau diusir pergi…
Kenapa kita mudah benci bila dikasari…
mudah putus asa bila yang dilakukan tak menjadi…
mudah kecewa bila orang lain tidak memahami…
mudah terguris apabila dilukai…
Ayuh ukhti kita sama-sama tarbiah diri kita…
Agar segala yang indah menghiasi peribadi…
kerna qudwah kita adalah nabi…
itulah sifat hamba Allah yang hakiki…

Sahabatku…

andai perjuangan ini mudah…
pasti ramai yang menyertainya…
andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan…
pasti ramai yang tertarik padanya…
tetapi hakikat perjuangan bukan begitu…
turun naiknya…
sakit pedihnya…
umpama kemanisan yang tak terhingga…
andai rebah…
bangkitlah semula…
andai terluka…
ingatlah janjiNya…

Sahabatku…

perjuangan tidak pernah putus kerana diikat dengan rantai iman…
mujahid tidak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhuwah…
istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan…
semoga ikatan ukhuwah yang terbina ini kekal untuk selamanya…

SELAMAT BERJUANG UKHTI!!!
…UHIBBUKUM FILLAH…

P/s : hargailah bila bersahabat, maafkanlah bila terluka, fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka, tegurlah bila tersilap, ingatilah bila kesunyian…kerana itulah kehebatan ukhuwah fillah…


2 comments:

  1. suke...benar,jalan ini di penghujungnya adalah kepastian suatu kebahagiaan yang akan diperolehi..namun perjalannya tak semudah disangka,penuh duri2,ujian meninggi,pengorbanan yg terus menerus...

    syafa suke ape yg akak tulis..doakan syafa dapat da'ie yg baik dan sntiasa di bawah rahmatNya yer..

    btw,syafa baru perasaan,nama kita hampir sama..hehe

    ReplyDelete
  2. syafa mohamed::syukran ukhti..insyaAllah..mudah2an kite terus istiqamah di jalanNya...

    hmmm,hampir sama...akak pun ada kawan yg namanya syafa...=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...