Wednesday, January 12, 2011

☆¨¯`♥ MEMAAFKAN LEBIH BAIK DARI MEMBENCI ☆¨¯`♥

Assalamualaikum wbt buat sahabat sekalian,,,
Entry kali ini ialah
¨¯` MEMAAFKAN LEBIH BAIK DARI MEMBENCI ¨¯`
Ana sangat tertarik dengan artikel ini kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan diri ana,,,
Entry ini ana tujukan kepada seorang sahabat ana,,,
Sahabat yang baru sahaja ana kenal,,,
Sahabat yang ana sayang kerana Allah,,,
Aper yang berlaku ini memang tidak dijangka,,,
Terjadi tanpa pengetahuan ana,,,
Selalu tertanya2 dalam hati,,,
“Sumer ini salah aku ker???”
“Aku kah penyebab semua ini???”
“sedangkan aku tidak tahu paper pun”
“aku terima semuanya kerana segalanya sudah berakhir”
Jika ana lebih dahulu mengenali sahabat ana ini,,,
Jika ana tahu apa yang dah terjadi,,,
Ana tidak akan terima semua ini,,,
Ya Allah,,,
Kuatkanlah hatiku ini,,,
Mudah2an apa yang berlaku ini hanyalah ujian sementara,,,
Yang hanya untuk menguji kami,,,
Sejauh manakah kami boleh memaafkan kesalahan orang yang pernah menyakitkan hati kita,,,
Hayatilah wahai sahabatku yang tersayang,,,


Disaat dalam kesendirian dan kesepian begitu berat beban hidup ini ketika kita disakiti atau didzalimi justru oleh orang yang kita sayangi atau orang lain, mengadu kepada Allah dengan tanpa disadari air mata itu mengalir membasahi pipi, tak kuasa untuk dibendungnya karena perih dihati, 'Ya Allah, bagaimana caranya menyembuhkan luka hati ini?’Ujian, cobaan tak kuasa untuk dipikulnya sendiri. Suatu yang mustahil untuk mengubah apa yang sudah terjadi karena luka itu teramat perih. Marah, dendam dan kecewa bercampur aduk, 'kamulah penyebab aku menderita begini!' Aku akan hancurkan kamu!' jika kita telah tersakiti begitu hebatnya kemarahan, hati menjadi mudah terkotori dengan nafsu membalas dendam dan ingin kembali menyakiti perbuatan orang yang telah menyakiti hati.

 
Kebahagiaan atau penderitaan tidak perlu mencari siapa yang bersalah, atau yang menyebabkan hidup anda menderita. Anda harus mampu memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati anda. Mohonlah ampunan kepada Allah untuknya. Sebenarnya anda termasuk orang yang diberikan rahmat oleh Allah. Jika anda disakiti bererti anda sedang teraniaya. Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji sekaligus diberikan kemudahan oleh Allah. Allah memberikan dua pilihan membalas perbuatannya atau memaafkan. Jika anda tidak membalas tetapi bersabar & memaafkan orang yang telah menyakiti anda maka Allah akan memberikan ampunan dosa-dosa anda dan Allah menganugerahkan kepada anda kehidupan yang lebih sihat, indah dan membahagiakan bagi anda. 

Dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan dzalim mereka membela diri. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang dzalim. Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada dosa atas mereka. Sesungguhnya doa itu atas orang-orang yang berbuat dzalim kepada manusia dan melampaui batas dimuka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya perbuatan demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.' (QS. Asy-Syuura' 39-43).


P/s : Memang ana akui tidak mudah untuk memaafkan seseorang yang menyakiti kita. Kita akan rasa diri kita dipijak. Kita akan rasa bahawa kitalah yang kalah. Kita akan rasa bahawa dengan memaafkan maka kita kelihatan seperti pesalah. Memaafkan adalah untuk kita sebenarnya. Dengan  memaafkan, bermakna kita sedang taat kepada Allah SWT. Memaafkan, bermakna kita sedang berusaha menjaga jiwa kita. Syaitan menjadikan amarah manusia, sebagai kuda tunggangannya. Nauzubillahi min zalik. memaafkan itu juga adalah yang terbaik untuk dipilih. dengannya insyaAllah akan tenang rasa dihati kerna mengikhlaskannya pada Ilahi. Daripada terus membenci yang pastinya akan menganjal didalam hati juga sering dihasut nafsu juga iblis musuh yang suka menjerumuskan kita agar saling membenci juga mendengki.


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah pagi.. meresap ke dalam jiwa ana.. Syukran ukhtiy! huhu~

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumsalam...syukran ukhti...sama2 la kita muhasabah diri...untuk diri ana jua..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...