Tuesday, March 29, 2011

...::: Makkkk!!! suami Hana makk!!! :::...

Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera…
Ana ada satu cerita yang sedih untuk dikongsikan disini…
Mudah2an cerita ini akan memberi sedikit pengajaran kepada kita semua…
insyaAllah…
semoga terhibur…


"Abang ni, pakai baju tu elok-elok la sikit," kata Hana lembut sambil membetulkan baju suaminya, Hairi. Hairi hanya tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Hairi mencubit pipi Hana lembut.

"Ayah, ayah, cepat la ayah," Aleya dan Alesya meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap dah ni."

Hana hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, kan?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan kerja. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Hairi berkata kepada isterinya yang
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Kelantan mengambil masa lebih kurang 6-7
jam. Aleya dan Alesya dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Hana. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Hairi berkata
dalam hati.

Sedikit demi sedikit Hairi menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Hairi semakin seronok. Hairi dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Hairi cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Hairi masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Hana terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."


"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Hana mula takut." Hana cuba memujuk Hairi supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks la sayang, tak ada apa-apa," Hairi terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Hairi setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Hana tengok abang potong dia eeaaa...." Hairi terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Hairi terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Hana....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Hana membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Hairi mak? Macammana dengan suami Hana, mak? Aleya, Alesya....mana anak-anak Hana mak?" Bertubi-tubi Hana menyoal emaknya. Hana tak dapat menahan kesedihannya lagi. Hana menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Hana tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Hana mak, abang Hairi?" Hana masih terus menangis.


PANGGG!!. pipi Hana ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Hana terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la kamu punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kamu ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Hana tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut ja! Maluuuuuuu….."
hahahahaha.......
P/s : hik3…aper lah… boleh plak mimpi macam tuuu… kelakar betoiii…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...