Thursday, March 31, 2011

...☆ Kisah Disebalik April Fools ☆...

Awal kalam bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah nikmat iman dan islam…
Ana masih lagi dalam keadaan yang baik2…
Masih lagi boleh bernafas dengan baik…
Alhamdulillah…
“ April Fools Bukan Budaya Kita “
Inilah yang ana Nampak bila nak ke kuliah…
Bila terbaca ja ana baru teringat…
Owwwhh, dah nak masuk bulan april ka…
Cepatnyer masa berlalu…
Eh3, dah kuar tajuk dah nie…
Ok, insyaAllah…
Suka ana untuk berkongsi sebuah kisah tentang April Fools nie…
Semoga boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua…


Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.


Sumber: http://www.eramuslim.com

...☆ SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH ☆...

BIODATA RASULULLAH SAW
·        Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
·        Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka'abah)
·        Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
·        Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
·        Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
·        Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW)
·        Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
·        Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
·        Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
         (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
·        Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
·        Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
·        Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12tahun).
·        Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan.
·        Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.

USIA 20 TAHUN
·        Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
·        Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25TAHUN
·        Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.
·        Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
·        Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
·        Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
·        Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
·        Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMekah.
·        Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.

USIA 53 TAHUN
·        Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina AbuBakar Al-Siddiq.
·        Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
·        Khadijah Binti Khuwailid
·        Saudah Binti Zam'ah
·        'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
·        Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
·        Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
·        Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
·        Zainab Binti Jahsy
·        Maimunah Binti Harith
·        Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
·        Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
·        Qasim
·        Abdullah
·        Ibrahim
·        Zainab
·        Ruqaiyah
·        Ummi Kalthum
·        Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
·        Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy.
·        Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW 
SAUDARA SUSUAN
·        Thuwaibah
·        Hamzah
·        Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
·        Halimah Al-Saidiyyah
·        Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
·        Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
·        Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
·        'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK
KEPADA ABDUL MUTTALIB)
·        Al-Harith
·        Muqawwam
·        Zubair
·        Hamzah ***
·        Al-'Abbas ***
·        Abu Talib
·        Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
·        Abdul Ka'bah
·        Hijl
·        Dhirar
·        Umaimah
·        Al-Bidha (Ummu Hakim)
·        'Atiqah ##
·        Arwa ##
·        Umaimah
·        Barrah
·        Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** *** Sempat masuk Islam.
         ## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku
nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

...☆ Berpengetahuan Ilmu Agama, Cemerlang Akademik ☆...

Assalamualaikum pembuka kata,
Wahai mahasiswa-mahasiswi harapan negara,
Selamat belajar moga berjaya,
Menuntut ilmu adalah wasilah,
Ganjarannya…nantikanlah di sana.

Berhempas pulas membaca buku,
Siang dan malam tidur tak menentu,
Ke hulu ke hilir ke gedung ilmu,
Dengan tekad jaya dan maju,
Mencurah bakti, membalas budi,
Hanya untuk…ibu ayah yang dikasihi.

Betulkan niat kerana Allah ta`ala,
Segala kerja ikhlaskanlah hanya untuk-Nya,
Ilmu agama dan ilmu dunia dituntut untuk diguna,
Membangun ummah Islamiyyah seluruhnya,
Bukan sekadar nak lulus EXAM saja,
Dan dapat B.A/B.Sc. Hons akhirnya.
Jadilah hamba pada yang ESA,
Jadi khalifah harapan ummah,
Ilmuan dan muslim profesional menjadi cita-cita,
Sedia persembahkan ke seluruh dunia hanya untuk-Nya.
Moga terbela Islam akhirnya,
Tercipta semula sejarah kegemilangan Din Allah,
Segala-galanya dengar dan taat hanya pada-Nya,
Syariat-Nya meraja ke serata dunia,
Moga Allah memimpin ke arahnya.

Cemerlang akademik berpengetahuan agama…
Itulah agenda utama,
Alim mujahid visi kita,
Teguh dalam akidah sifat 20,
Teguh dalam fiqh mazhab Syafi`e,
Teguh dengan tasawwuf Imam al-Ghazali,
Jernih dalam fikrah Islam,
Cemerlang dalam akademik,
Aktif dalam berdakwah,
Kerjaya…sebagai wasilah jihad,
Itulah antara misinya.
Marilah bersama merealisasikannya,
Suburkan sentiasa iman di dada,
Hindarkan diri dari maksiat dan dosa,
Moga Allah menerima pahala usaha kita.

Study smart teknik utama,
Ulangkaji secara berkala,
Latih tubi sepanjang masa,
Nota ringkas tidak dilupa,
Ilmu dikejar sehingga alim,
Ilmu ditimba semaksimanya,
Dengar, baca, fikir, amal, sampaikan dan
doa itulah formulanya,
Jadual study pasti terlaksana,
Masa begitu dijaga,
Agar…tidak tergelincir ke lembah
dosa dengan percuma.

Last minute, bertangguh, berserabut, sambil lewa…
dan bermalas-malasan bukanlah kegemarannya,
Kemas, teratur, teliti, terancang, sistematik, efisien, efektif,
tekun, bersungguh-sungguh dan fokus
dalam segala kerja-kerjanya,
Agar tenaga dan masa tidak sia-sia dicurah.

Tension, boring, frust, penat, letih, malas…
dan putus asa tiada dalam kamus hidupnya,
Proaktif, dinamik, kreatif dan produktif…
dalam setiap kerja buatnya.

Sombong, ujub, riak, takabbur, buruk sangka…
dan hasad dengki cuba dihindarinya,
Amanah, ikhlas, sabar, redha, tawadhuk, tawakal…
Usaha dan koleksi diri hiasan peribadinya.

Menuntut ilmu fardu ain, amal, dakwah, tarbiyah menjadi darah dagingnya,
Bakat, minat, potensi diri, harta dan jiwa diserahkan untuk Islam,
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menjadi idola perjuangannya,
Hanya Allah yang memberi segala-galanya kepada dirinya,
Itulah resepi kekuatannya…
Hingga…
hidup dan matinya kerana Allah.

Hari EXAM menjelang kini,
Pintalah doa kepada Allah ta`ala,
Moga dipermudahkan segala-galanya nanti,
Sebelum masuk dewan peperiksaan,
Bacalah doa dengan teliti,
Lakarlah dengan ringkas jawapan terlintas,
Jawablah dahulu soalan mudah,
Abaikan seketika andai terlupa.

Slip exam dan kad matrik janganlah dilupa,
Kalkulator dan alat tulis bawalah selengkapnya,
Jadual exam janganlah disalah baca,
Agar nanti…tidak menggelabah.
Semoga berjaya menghadapinya,
Dipermudahkan jalan menuju keredaan-Nya.

Wahai mahasiswa dan mahasiswi harapan bangsa,
Ingatkanlah dirimu dikelilingi oleh golongan2 sesat,
WAHHABI berselindung di sebalik nama SALAFI,
Menyebarkan ajaran MUJASSIMAH di sekelilingmu,
Berkeyakinan Allah memiliki anggota badan,
Akidah mereka akidah YAHUDI iaitu Allah duduk di atas ARASY,
Akidah ISLAM adalah meyakini Allah wujud tanpa bertempat.
Akidah Yahudi akidah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya bt selama2nya.

Wednesday, March 30, 2011

...☆ Istiqarah Cintaku ☆...

Bismillahirrahmanirrahim..
Diatas Sejadah cintaku malam ini,
aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahasia mu Ya ALLAH atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku,
istikharah mencari jawapan tuk menggapai redhaMu..

dalam doa kubersimpuh pasrah,

memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi Hidayah..

bila jawapan itu masih tergantung di dada langit,
maka turunkanlah..
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi,
maka keluarkanlah,
bila jawapan itu sulit untuk kuraih,
maka mudahkanlah,
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah..

Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam,dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
aku di sini, bersimpuh tuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilih kan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat..

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia,
Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,
Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,
ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah,
hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman,
memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga..
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Ya Allah, jika masanya telah tiba,
jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah,
terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah,
maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah.

Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah,
jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah,
maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah.
Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh..
ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Hanya padaMu saja tempat ku memohon petunjuk..
Berikanlah apa yang terbaik untukku di dunia dan akhirat,
Dan berikanlah hambaMu ini KEBAHAGIAAN yang Berpanjangan..
Amin ya Rahman..Amin ya Rahim..Amin ya Rabbal Alamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...