Friday, October 22, 2010

Janji...

Tarikh keramat itu,
Mengikat sebuah janji,
Walau tidak pernah bertemu,
Walau tidak pernah mengenali.

Kerana yakinkan agamaku,
Kau melangkah datang,
Kerana yakinkan agamamu,
Janji ini kuserahkan.

Ku tertunduk malu-maluan,
Kau tersipu dalam senyuman,
Dua keluarga duduk berhadapan,
Merancang sebuah penyusunan.

Hari-hari pertunangan melewati,
Bumi perlis kau redahi,
Bumi perak kujejaki,
Memburu ilmu demi redha ilahi.
Terpisah jauh dua hati,
Lautan dan benua merentangi,
Tak ternoda ikatan dek murka ilahi,
Mempertahankan kesucian hakiki.

Masa terus memintas kita,
Kau berjuang di dunia kerjaya,
Diriku berjuang dimedan sarjana,
Sama bernaung di ibu kota,
Namun syariat tetap terpelihara.

Ya Allah,
Kuatkan kami bermujahadah,
Mendamba cinta-mu yang terindah,
Cinta manusia hanyalah wasilah,
Menagih rahmat dan maghfirah.

Ya Allah,
Jangan biarkan ikatan kami dicemari,
Dengan maksiat dan keji,
Permudahkanlah urusan kami,
Memeterai sebuah janji.

~28 Disember 2009~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...