Saturday, December 18, 2010

...::: Iman Maximum :::...



Assalamualaikum sahabat semua...
insyaAllah, pagi2 yang indah nie ana nak kongsi sesuatu...
ianya berkaitan dengan iman kita...
entry nie ana ambil dari blog seorang sahabat...
Alhamdulillah, suka ana bila entrynya diizinkan untuk dikongsi bersama...
insyaAllah...
moga2 ianya member manfaat buat ana sendiri dan sahabat sekalian...



Sila rujuk graf.

Apa yg berlaku di point no 1?

At point 1, the quality of our iman is at maximum. Iman yg maksimum ini berbeza bagi setiap org. Ada org yg iman maksimumnya bernilai 5, ada yg nilaiannya 10 dan ada juga yg nilaiannya 100. Scale bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Oleh sbb itu, tahap ketaatan individu juga berbeza-beza. Bagi org yg mempunyai skala iman yg kecil (cth;tahap maksimum dia hanya 5), maka mungkin pada ketika ini, dia hanya sekadar mampu melakukan amal-amalan yg wajib sahaja dan tak mampu melakukan yg sunnat.

Mungkin juga, di nilaian maksimum itu, dia hanya berjaya menjauhi dosa-dosa besar tapi tak mampu mengelakkan dosa-dosa kecil. Mari kita renung 1 hadis yg sy ambil drpd hadis 40 imam Nawawi-Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما beliau meriwayatkan: Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW lalu bertanya,"Bagaimana pandanganmu jika aku bersolat fardhu,aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram lalu aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? "Baginda bersabda: Ya! -riwayat muslim.

Suka saya berpesan kpd diri saya dan sahabat-sahabat sekalian;Tolonglah jaga kewajipan kita. Saya tahu kita tak mampu menjadi sehebat Abu Bakar,Umar, Ali atau para sahabat r.anhuma yg sentiasa setia bersama Rasulallah. Kita juga tak mampu menjadi sehebat Imam Shafie, Imam Ghazali,Imam Malik dan imam-imam mazhab yg lain. Kita juga takkan mampu menjadi sehebat ahli-ahli ibadat dan ahli sufi sperti Ibrahim bin Adham. Mereka semua yg sy sebutkan ini semuanya sgt dekat dgn Allah. Mereka semua ni setiap masa dan saat berzikir dan beribadah kpd Allah. Setiap hembusan nafas mereka adalah zikir.

Kita terlalu jauh!Kita takkan mampu beramal sperti mereka, tapi Allah dan Rasulallah telah berjanji, apabila seorang mukmin benar-benar menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna, menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain. lni adalah kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya!Tapi ini hanya menjadi kenyataan kalau amalan solat yg kita buat tu sempurna, tp rasanya sgt-sgt susah nak dptkan kesempurnaan tu!jadi...pastikan susah atau berat mcmana pun, benda-benda wajib kita kena buat jugak lebih-lebih lagi solat!Pastikan solat kita full. Kalau ada kurang, kita akan jd mcm layang-layang putus tali...lost!

Tapi, bagi org yg skala iman dia besar (cth;100), maka dia akan dpt melaksanakan ketaatan dgn baik bila iman dia maksimum. Bukan setakat benda wajib dia buat, benda sunat pun dia buat. Benda haram pula tinggal terus dan benda makhruh pula dijauhinya. Untung org mcm ni sbb dia telahpun rasa kenikmatan dan kehangatan cinta Ilahi ! Org mcm ni digambarkan dlm hadis-"Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, Aku akan menjadi penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, Aku akn menjadi tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, Aku juga akan menjadi kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu, nescaya Aku akan melindunginya"-riwayat Bukhari.Dalam erti kata lain, org ini akan menjadi kekasih Allah!

Kesimpulannya, masa iman kita tgh maksimum ini, kita patut guna seluruh masa dan tenaga kita utk mencari pahala. Kita ni banyak dosa, lebih-lebih lagi dosa sesama makhluk. Kalau pahala kita sikit atau cukup2 makan,kita akan bankrupt nanti. Org yg kita pernah zalimi, umpat, ejek, hina dll akan dtg ambil pahala kita. Bila dah zero, kita akan tanggung dosa diorang. Oleh sbb itu, bersegeralah kita utk berbuat kebaikan kerana tanda iman tgh maksimum ialah dgn sentiasa teringat-ingat dan teringin nak buat amal soleh. Bila ada rasa tu, sila buat dgn kadar segera!!InsyaAllah itu saja sy boleh kongsikan bila kita berada di point 1. Sebarang tambahan amat digalakkan!InsyaAllah lepas ni kita tengok apa akan terjadi bila iman kita minimum value.

P/s : Bagaimana iman kita???....fikir2kanlah....astghfirullahalazim...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...