Sunday, December 19, 2010

...::: Tipu Sunat :::...

Assalamualaikum...
insyaAllah, ana ada nak share hadis iaitu TIPU SUNAT....
tujuan ana nak share hadis nie sebab nak tahu....
sejauh manakah tipu sunat nie boleh digunakan oleh kita...
tapi yang pastinya ia tidak boleh digunakan sesuka hati....
seperti untuk perkara2 yang tidak baik....
mudah2an dapat memberi manfaat untuk kita semua....
insyaAllah....

Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.” (Bukhari)

Huraian:

Umat Islam pada hari ini masih lagi terumbang-ambing, lemah, miskin dan berpecah belah meskipun Islam sesungguhnya amat menggalakkan perpaduan, kesatuan, persefahaman dan keharmonian dalam kehidupan sejagat. Dalam erti kata lain, Islam melarang umatnya bergaduh, berperang apalagi bertengkar sesama sendiri sehingga melibatkan perbuatan mencederakan, membunuh dan sebagainya.
Inilah sebabnya mengapa Islam memuliakan seorang manusia yang berusah untuk mendamaikan orang yang bertelagah meskipun terpaksa dilaksanakan dengan cara menipu (perkara yang harus) demi menjalinkan semula ikatan persaudaraan tersebut agar keadaan kembali menjadi aman dan damai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...