Thursday, December 16, 2010

Jom Ziarah Damsyik Syria???...Melihat Bukti Kebesaran Allah!!!...

السلام عليكم

MARI kita ke Damsyik, Syria 5H/4M dengan penerbangan Qatar/Kuwait utk melihat sendiri bukti-bukti kebesaran Allah di sana. Anda akan dibawa menziarahi beberapa tempat bersejarah dan menawan hati. Antaranya adalah:-
  1. Masjid Umayyah (di sini turunnya Nabi Isa a.s tatkala Imam Mahadi dan tentera terakhir Muslimin yang sedang bersiap sedia untuk bersolat Subuh - Hadis Rasulullah Saw).
  2. Membeli belah di Souk Hamidieh (Pasar tertua dan terpanjang di dunia).
  3. Maqam pahlawan Islam yang terbilang seperti Sallahudin Ayubi dan Khalid Ibnu Walid a.s.
  4. Maqam Bilal ibnu Rabah r.a dan Maqam 2 dari Isteri Rasulullah Saw.
  5. Kota Aleppo Citadel (Kota yang di telah tawan Salahudin Ayubi dari puak Yahudi dgn kebijaksanaan dan keberaniannya)
  6. Maqam Imam Nawawi (yang pada kulit pohon yang tumbuh di atas kuburannya dipenuhi perkataan 'Allah')
  7. Teater Palmyra (Kota dan teater Ala Rome di Italy)
  8. Gereja di mana Rasulullah Saw bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang mengesahkan kesahihan tanda-tanda kenabian pada tubuh Baginda rasulullah Saw
  9. Masjid yang menyimpan kesan 'tapak kaki' Rasulullah Saw ketika kunjungan Baginda ke sana (yang dulunya dikenali sebagai Syam)
  10. Pelbagai Tudung Syria terkini yang 'Murah' dan banyak lagi tempat menarik
 Teater Palmyra, Syria


 Souk Hamidiye, Damascus


 Hama


 Aleppo Citadel - Kota yang pernah di tawan Pahlawan Tauhid gagah berani Salahudin Al-Ayubi



 Runtuhan depan Masjid Umayyah, Damascus


 Nasi mandi kambing - Antara makanan yang terkenal di Syria


 Maqam Imam Nawawi yang pohonnya dipenuhi khat berbunyi 'Allah'



P/s : InsyaAllah....jika diberi keizinan oleh Allah...hati nie memang teringin sangat2 nak pergi ke tempat seperti ini...mudah2an tercapai impian untuk ke syria...InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...