Friday, December 31, 2010

(¯`•.¸ღ Happy New Year 2011 ღ¸.•´¯)



Waktu terus berlalu…
Sedetik waktu berlalu...
Sedetik jua kita menghampiri ‘waktu’...
Lembaran demi lembaran telah dilalui…
Coretan demi coretan telah memenuhi…
kadang tak bererti…
kadang tanpa makna…
atau hanya sedikit pedoman…

Semoga di tahun ini…
Setiap lembaran penuh ilmu…
Setiap lembaran penuh makna…
Setiap lembaran penuh manfaat…

Semalam telah berlalu…
Jadikan kenangan…
Esok hanya bayangan…
Jadikah harapan…
Hidup yang penuh hari ini…
Menjadi kenyataan…
Buat pedoman dihari esok dan…
Tauladan dihari semalam…

Mohon kemaafaan…
terkasar bahasa,
tersasul kata,
tercoret nista,
tersentuh jiwa,
terluka berdarah,
tertulis berbisa...
Walau ada antara kita sekadar sahabat fb...

andai aku yang pergi dulu…

P/s: Buat semua sahabat seperjuangan ana yang mengenali diri ini…


。◕ ‿ ◕。 KUASA TAQWA PEREMPUAN 。◕ ‿ ◕。



 Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan
terbaik dalam menangani
apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa
adalah orang yang paling
dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang
yang dikasihiNya
melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh
perempuan berbanding lelaki
kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan
adalah merupakan penjara
daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan
dosa. Berbanding lelaki
yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah
serta terdedah kepada
pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang
diberikan oleh Allah
swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan
perempuan untuk
menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain
setiap lelaki pasti
dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s.
Sekuat-kuat lelaki,
kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya
datang dari perut
perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya
ke dunia, kemudian
melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga
dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika
ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya
sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua
burung di udara, ikan di
air, malaikat di langit, matahari dan bulan :
semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada
suaminya dan
diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Thursday, December 30, 2010

❤●•٠·˙ BAYANGKAN˙·٠•●❤


Bismillahirrahmanirrahim.....



Kecantikan alam ciptaan ALLAH memang tiada tolok bandingnya..sangat sempurna.. Sedang aku memerhatikan.. SubhanALLAH... Sedang aku memerhati keajaiban alam ini... Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah DIA sajikan untuk setiap makhlukNYA. Aku duduk bersandar dan tiba-tiba terasa KEHADIRANNYA di sisiku...

DIa bertanya kepadaku, " ADAKAH KAMU MENCINTAI AKU? Aku menjawab, " sudah tentu! Engkau Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMU."

Kemudian DIA bertanya lagi, " JIKA KAMU DITAKDIRKAN CACAT ANGGOTA, ADAKAH KAMU AKAN MENCINTAIKU?
Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, " tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku tetap akan mencintaimu."

Kemudian DIA bertanya lagi, " JIKA KAMU DITAKDIRKAN BUTA, ADAKAH KANU AKAN MENYAYANGI SEGALA CIPTAANKU? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang du dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan masih mencintai ALLAH dan segala ciptaanNYA. Lantas aku menjawab, " amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yag sedemikian rupa, namun begitu ak kan tetap mencintaiMU Ya ALLAH."

DIA bertanya lagi. " JIKA KAMU DITAKDIRKAN PEKAK, ADAKAH KAMU AKAN TETAP MENDENGAR KEPADA KATA-KATAKU? Bagimana muungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggnakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab," walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaMU."

DIA menyambung lagi, " JIKA KAMU DITAKDIRKAN BISU ADAKAH KAMU AKAN TERUS MEMUJIKU?
 Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara. Aku terfikir kemudian  yang ALLAH mahu kita memujiNYA dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimana bunyinya. Kemudian aku menjawab," sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMU, aku akan tetap memujiMU."

Dan DIA terus bertanya lagi, "ADAKAH KAMU BENAR-BENAR mENYINTAIKU? Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian, aku jawab," Ya benar Tuhanku. Aku menyintaiMU kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar."

Tetapi... DIA terus bertanya lagi, " KALAU BEITU KENAPA KAMU MASIH MELAKUKAN DOSA. Aku jawab " kerana aku cuma mamusia biasa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan maksum."

"KALAU BEGITU KENAPA KETIKA KAMU SENANG DAN GEMBIRA, KAMU LUPAKAN AKU? KAMU LARI JAUH DARIPADAKU, DAN KENAPA KETIKA KAMU SUSAH DAN MAHUKAN BANTUAN, KAMU TERUS INGAT KEPADA AKU; KAMU DATANG DEKAT DAN MERAYU KEPADA AKU??."

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. DIA sambung lagi, " MENGAPA KAMU BUAT BEGINI..KADANG-KADANG SUJUD MENYENBAHKU, DAN KEMUDIAN MEMBELAKANGKANKU; TIDAK PEDULIKANKU? MENGAPA KAMU HANYA DATANG MENCARIKU HNAYA KETIKA KAMU MENGINGATIKU? MENGAPA KAMU MEMINTA PADAKU SEDANG KAMU TIDAK SETIA KEPADAKU??."

Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan..atau alasan..namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

DIA berkata lagi, " KAMU DIBERIKAN SEBUAH KEHIDUPAN. AKU JADIKAN DIRIMU KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN BERBANDING ORANG LAIN UNTUK KAMU BERJUANG DI JALANKU, TETAPI KAMU TETAP BERPALING DARI JALANKU. AKU TUNJUKKAN KEPADAMU KATA-KATAKU SEBAGI PANDUAN KAMU DALAM HIDUP INI, TETAPI KAMU TIDAK MAHU MEMPELAJARI ATAU MENGHAYATINYA. AKU TURUNKAN PESURUHKU, TETAPI KAMU TIDAK AMBIL PEDULI KETIKA SUNNAHNYA DITINGGALKAN. AKU DENGAR SEGALA PERMINTAANMU DAN RAYUANMU KEPADAKU....DAN SEMUANYA TELAH AKU PERKENANKAN DENGAN PELBAGAGAI CARA."

SambungNYA lagi, "KINI ADAKAH KAMU MENYINTAIKU??"

Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Dalam tidak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamtkan diriku. Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran air mata mengalir di kedua-dia belah pipiku,aku merintih, " Oh Tuhanku...ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMU YA ALLAH."

Kemudian DIA menjawab, " SIFATKU PENGAMPUN...BARANGSIAPA YANG MEMOHON KEAMPUNAN DARIKU, NESCAYA AKU AMPUNKANNYA. DAN AKU AMPUNKAN KAMU WAHAI HAMBAKU.."

Aku bertanya kepadaNYA, " mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpn aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali?"

DIA menjawab " KERANA KAMU ADALAH CIPTAANKU. AKU SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENGABAIKANMU. APABILA KAMU MENANGIS AKU KAN BERSIMPATI KEPADAMU DAN MENDENGAR SEGALA RINTIHANMU. APABILA KAMU BERASA GUNDAH DAN KESEPIAN, AKU AKAN MEMBERIKANMU SEMANGAT. APABAILA KAMU KELETIHAN AKU AKAN MEMBANTMU. AKU AKAN TETAP BERSAMA-SAMAMU HINGGALAH KE HARI AKHIR DAN AKU AKAN MENYAYANGIMU SELAMA-LAMANYA.

"ALLAH, kuharapkan kepadaMU,
keampunan, keredhaan, kaseh sayang,
kehidupan terpelihara...
Hati yang dahaga mengharapkan sinar cinta
Nur kasehMU yang sejati
Bahagia kekal abadi...
Tapi Engkau tahu onak duri pada duniaMU
Engkau ciptakan pagar rintangan..
Tuntunlah langkahku ini
Tunjukkanlah jalan yang Engkau redhai
Jangan biarakan hamba terkorban dengan dunia
Selamatkan dengan rahmatMU
NamaMU biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan abadi...."


P/s : mengapa kamu buat begini..kadang-kadang sujud menyembahku, dan kemudian membelakangkanku, tidak pedulikanku? mengapa kamu hanya datang mencariku hnaya ketika kamu mengingatiku? mengapa kamu meminta padaku sedang kamu tidak setia kepadaku??...

❤●•٠·˙ RIJAL IDAMANKU..˙·٠•●❤

Rijal idamanku adalah seorang lelaki yang buta, bisu, bakhil dan papa...


Biarlah dia seorang yang buta…Buta kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara  dari memandang aurat wanita ajnabi…Asalkan kedua-dua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.

Biarlah dia seorang yang bisu...Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran...Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.

Biarlah dia seorang yang bakhil...Bakhil dalam memberi senyuman kepada wanita yang bukan mahramnya,Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya...Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya,Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya,Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia!

Dan biarlah dia seorang yang papa...Papa dalam melakukan perkara maksiat,Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat,Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah...Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan yang berfaedah lagi bermanfaat,Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia,Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi kesengsaraan hidup,Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!

Yang dicari bukanlah putera raja,tetapi seorang putera agama...Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata...Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,asalkan sihat rohani, sempurna hati...Yang diharap, bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat...Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi dengan silam yang kelam...Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,cukuplah akad dan janji setia...Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…

P/s : Rijal idamanku adalah seorang lelaki yang buta, bisu, bakhil dan papa...insyaAllah...

...::: Kisah Seorang Cikgu Tadika :::...



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

P/s : Khas buat sahabat PAKK (UPSI)...jangan jadik cikgu macam nie taw!!... 

Tuesday, December 28, 2010

...::: Kisah Rasulullah sebagai Pengajaran :::...


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

P/s :  Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.



...::: Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi pergi berjihad :::...


Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka....


RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu."  (Surah Al-Isra' ayat 23) 

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua. 

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." a33; (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.


P/s : Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." (Surah Al-Isra' ayat 23) 




...::: Pelik,Pelik,Pelik :::...

Awal kalam bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wbt.....
Ana singgah jap melawat blog dhaif ana sendiri nie....
Hihihihihi....
Pelik tak???....
Hmmmm....
Ana pun memang pelik la ngan blog ana nie....
Ntah la...
Ana ada tinggal blog ana dalam 3 4 hari nie....
Tapi tak da la sampai tak singgah langsung.....
Ada la juga buka2....
Tapi ntah la....
Semalam bila ana view blog ana.....
...::: Sahabat Setia Ana :::...
Dah pun hilang.....
Tak tahu pergi maner.....
Ana tak delete pun....
Jadi siapa yang delete nie???.....
Ana pelik betul laaa.....
Hmmmm....
Pening kepala memikirkannya....
tapi tak apalah....
nanti ana buat balik....
hihihihihi....
ok..
assalamualaikum...

...::: holiday :::...

Awal kalam bismillahirahmanirahimm....
Assalamualaikum wbt sahabat semuaa....
Hmmmm...
Ana rindu pada sahabat semua...
Rasanyer dah lama dah ana tak meng-update blog dhaif ana nie...
Ana tinggal kejap ja...
Hah!!!...
Nak tahu sebab aper???....
Maaf la ana ni sibuk ja nak bercerita kan??...
Hihihihi....
Ana hanya ingin berkongsi pengalaman ana dalam masa cuti nie jaaa....
Asenyer tak salah...mungkin dengan perkongsian ana nie....
Boleh memberi sedikit sesuatu yang bermanfaat....
Walaupun hanya sebesar kuman...
insyaAllah...
mudah2an ianya boleh menberi manfaat...

...::: 24 disember 201 : (Kelantan – jeti kuala perlis) :::...

Alhamdulillah....
Dipagi jumaat yang mulia ini kami sekeluarga bersiap2 untuk berjaulah...
Kemana tuuuu???....
Kami2 bercadang hendak pergi ke pulau langkawi....
Wahhh!!!...
Bestnyerrr....
Abah kata ana sekeluarga dah pergi dah dulu masa kecik2....
Tapi kami2 dah x ingt dah sebab masa tuu kami adik-beradik masik kecik ag....
Pagi tu ingat nak berolak awal tapi disebabkan ada hal...
Kami terpaksa bertolak lewat cikit....
Dalam pukul 12 tengahhari....
Agak2 sempat tak sampai kat kuala perlis???....
Sebab feri last untuk ke pulau langkawi pukul 7 petang....
Haaaa,kami2 memang agak takut juga la...
takut tak sempat....
Tapi abah teruskan jua perjalanan kami....  
Dalam keta kami banyak2 berdoa...
Moga2 sempat la sampai sebelum kul 7 ptg...
Abah bawa keta laju nak kejar feri....
Kami adik2 doa supaya selamat la sampai ke jeti kuala perlis....
Dan Alhamdulillah....
Akhirnya kami sampai jua ke sana...
Bila dah sampai....
Abah terus cari parking keta dan beli tiket untuk naik feri ke pulau....
Alhamdulillah....
Sempat juga...
masing2 tersenyum puas!!...
dalam hati penuh dengan pengucapan syukur pada Allah....


...::: pengalaman kami2 naik feri : (jeti kuala perlis – pulau langkawi) :::...

Hmmm....
Adik2 dah gege dah dalam feri tuuu....
Malu kat orang....
Yerla...
Aper taknyerrr....
Masing2 duk berebut nak duduk kat tepi tingkap....
Nak tengok laut la....
Subhanallah Ya Allah....
Cantiknyerrrr....
Begitu indah lagi sempurna ciptaan-Mu....
Dalam hati tak putus2 memuji keagunganMu...
Tiba2 ma kata....
“eh,dah bergerak ka feri nie??...macam tak bergerak pun”
Ana jawab la....
“dah la maaa...hihihihi..cuba tengok kat tingkap tuuu...”
Maabah...
“hmm,macam naik flight la...x rasa papa pun..”
Dalam 2 kami sempat ag bergambar...
Adik ana la yang lebih2 duk posing!!...
Si Ayuni & nurin nie...
Hadoiiii....
Ma pulak yang pening kepala....
Dalam 1 jam berada dalam feri...
Akhirnya kami selamat sampai ke pulau langkawi....
Alhamdulillah....

...::: sewa kereta & hotel : (jeti point – hotel region) :::...

Sampai saja kat jeti....
Abah terus jumpa kawan abah kat sana....
Pakcik mat....
Dia la yang uruskan semuanya ketika kami disana....
Sewa kereta ngan hotel yang kami akan bermalam disana....
Alhamdulillah...
Dapat keretanya (Toyota vios)....
Sakan la kami jalan2 kat sana...
Kami balik ke hotel dan bersiap2 untuk dinner kat luar...
Hihihi....
                                                                                Seronok sangat2...
Malam 2 maabah dah tak larat dah nak jalan....
Cuma kami adik-beradik yang kuar lepas dinner....
Aper lagi...
Seronok la....
Ana yang drive....
Jalan kat sana tak tahu pun ana main masuk ja...
Janji sampai....
Hihihihihi....
Sempat la juga posing maut malam2 gini...
Adik2 la....
Bosan...
Tak boleh kalu tak bergambar....
Hadoiiii....
macam2...

...::: 25 disember 2010 : (Hotel – makam mahsuri) :::...

Lepas sarapan pagi....
Dalam keta abah Tanya....
“sapa tahu sejarah makam mahsuri???...”
Adik2 ana yang kecik buat muka tak faham...
Haih!!!...
Ana juga kena jawab....
Abah kata jom ke kota mahsuri...
Hehehehe...
Dengar ja macam bosan....
tapi bestttttt!!!!!!!!!...

...::: jom naik cable car! : (makam mahsuri – orientel village) :::...

Abah drive keta dengan tenang....
Tapi pening juga nak kesana....
Kene tengok peta....
Ana la yang jadi mangsa kene ngadap peta yang berserabut tuu...
Ana kalau geografi nie lemah cikit...
Hihihihi....
tapi Alhamdulillah....
kami sampai juga...
subhanallah....
cantiknyerrrr....
kami jalan2 kejap tengok kedai2 yang jual ole2...
ehem3....
untuk sahabat setia ana semua dalam ingatan nie...
ana dah beli dah...
jangan risau la....
abah pulak beratur panjang nak beli tiket untuk naik cable car....
untuk pengetahuan sahabat semua...
cable car kat langkawi la yang paling tinggi...
dibina atas gunung yang tinggi....
dihiasi pula dengan pemandangan pulau yang indah....
subhanallah....
bagaimana ia boleh terbina???....
jambatan tergantung 2???....
berada diatas awan-awangan....
macam nak terbang....
bagaimana ia boleh terbina???....
subhanallah....
semuanya terbina dengan izin Allah....
indahnya ciptaanMu...
kami adik-beradik sempat juga bergambar...
walaupun dalam keadaan yang takut....
tinggiiii....
kami tak berani nak tengok kat bawah...
fuh!!!....
masing2 muka kelihatan pucat....
hihi...
pas2 jalan2 lagi kat bandar kuah beli2 barang cikit...
beli coklat la banyak....
tapi bila balik umah...coklat macam dah tinggal cikit ja...
yerla,mner taknyerrr....
kami makan2 atas keta...
dah abis la....
hihi..

...::: nak stay kat pulau or pergi KL??? : (Bandar kuah - jeti point ) :::...

Fuh!!!...
Bila kira2 sumer memang banyak la abis duit abah....
Kecian abah....
Maafkan kami abah....
Tapi abah tak kisah pun...
Jarang2 kan....
Pas2 adik2 laki sibuk nak g KL nak tengok bola...
Hadoiii....
Tanak la....
Bosan dah pergi sana....
Tapi bila pk balik baik pergi ja sebab abah boleh settle kerja dia...
Tepat kul 7 ptg...
Kami pun ambil tiket feri tingglkan pulau....
BYEBYE LANGKAWI...

...::: bertolak ke KL[driving time!] : (jeti kuala perlis – kuala lumpur) :::...

Alhamdulillah....
Dalam pukul 8.30 malam kami sampai di jeti....
Abah terus pergi ambil keta....
Kami akan bertolak terus ke KL....
Ya Allah....
Penatnyerrrr...
Kecian abah penat....
Yerlah,sehari berjalan hari nie....
Nak drive pulak...
Ore ada abah...
Ore drive etek...
Gilir2 la...
Drive la abah...
Pas2 ana plak...
Aser macam dah boleh dah drive jauh2...
Alhamdulillah la...
Boleh la slow2...
Akhirnya sampai juga kami pada jam 5 pagi...
Singgah dulu di masjid sambil tunggu solat subuh...
Selesai solat subuh kami stay jap kat masjid....
Ada org ngajar....
Alhamdulillah....
Dapat sedikit manfaatnya...
insyaAllah...

ok lah...
panjangnyer citer ana nie....
penat dah duk menaip ja dari tadi ag....
insyaAllah....
nanti ana sambung lagi ea?...
moga2 sahabat semua tak la rasa jemu nak baca story ana yang ntah papa nie...
hihihihihi....
ok,sampai disini saja yer?....
ilalliqa’
ma’assalamah...
assalamualaikum....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...