Wednesday, November 24, 2010

..::AKIBAT LUPA MATI::... salam mujahadah


Barangsiapa melupai mati, ia akan menderita tiga perkara :

  1. Menunda-nunda taubat, akhirnya mati dalam keadaan membawa bersama dosa yang belum bertaubat. Seringkali panjang angan-angan kerana menyangka mati masih lambat dan masih panjang.

  1. Tidak rela hidup sederhana akhirnya memburu kesenangan dan kemewahan dunia hingga lalai dari mengingati Allah s.w.t sering merasa kecewa dan putus asa seolah-oleh dunia ini segala-galanya. Kegagalan seolah-olah kegagalan hakiki. Terlalu mementingkan diri sendiri dan sanggup menindas orang lain.

  1. Malas beribadah, kelazatan mengecapi nikmat dunia menyebabkan lenyapkan kelazatan beribadah kepada Allah s.w.t. Hilang kemanisan ibadah, makin dirasai kosong dan tidak bermanfaat.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, " Kuburan adalah perhentian pertama dari alam akhirat. Jika ia selamat disini maka seterusnya ia akan mengalaminya dengan lebih mudah. Tetapi jika ia tidak selamat, maka selanjutnya ia akan mengalami dengan lebih berat", (Termizi, Ibnu Majab, Al Hakim).

Nabi Yaakub a.s meminta kepada malaikat maut agar menghantar utusan terlebih dahulu sebelum mencabut nyawa beliau. Permintaan itu bermaksud agar Nabi Yaakub mendapat peringatan atau tanda-tanda kematian lebih awal. Ketika malaikat maut datang menemui Nabi Yaakub a.s untuk mencabut nyawa, beliau bertanya, " Bukankah aku minta dikirimkan utusan terlebih dahulu?. " Malaikat maut menjawab, " Demi Allah telah banyak utusanku untuk memberi peringatan Wahai Nabi Allah". Jawab Nabi Yaakub, " Aku tidak mngetahui dan mengenalinya". Jawapan malaikat maut, " Iaitu berupa sakit, uban, tua, pendengaran yang kurang, dan penglihatan yang kabur".

Dari Abu Dzar ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Berziarahlah ke kubur kerana ia dapat mengingatkanmu kepada akhirat. Mandikan orang mati kerana menguruskan jasad orang mati merupakan peringatan yang mendalam. Dan sembahyangkan jenazah kerena itu dapat meruntuhkan hatimu (menyedihkan) kerana orang yang bersedih di bawah naungan Allah bererti bersedia dengan segala kebajikan". (Al Hakim).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...