Sunday, November 7, 2010

...:::MUNAJAT KAMI:::...


~MUNAJAT RAKYAT KELANTAN~



Ya Allah
Engkau mengetahui
Hati-hati ini berhimpun disini
Kerana mencintaiMu
Bertemu
Kerana mentaatiMu
Berjanji
Kerana menolong syariatMu
Bersatu
Dalam dakwah ajaranMu

Kami ditindas
Kami dizalimi
Pakatan musuh
Mengkhianati kami
Memecahbelahkan perpaduan kami
Menggugat kerajaan kami
Menfitnah kepimpinan kami

Perjuangan kami
Islam sebagai Ad-din
Keadilan : kami perjuangkan
Perpaduan : kami jalinkan
Amar makruf : kami tgakkan
Kemugkaran : kami cegahkan

Kami pohon
Taufik dan hidayahMu
Dalam menegak kedaulatan islam
Di bumi Mu ini
Dengan sokongan padu
Kumpulan ini

KepadaMu kami mengadu kelemahan kami
Kekurangan keupayaan kami
Hinanya kami dipandangan lawan
Wahai yang maha penyayang
Engkau tuhan bagi mustadhafin

Ya Allah
KepadaMulah kami serah mereka
Yang menzalimi kami
KepadaMulah kami serahkan mereka
Yang mengkhianati kami
KepadaMu lah kami serahkan mereka
Yang menjatuhkan air muka kami

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allah Akbar!

P/s : Sempena Perhimpun Anamanat Tok Guru pada 4 oktober 1996 di Stadium Sultan Muhammad 1v, Kota Bharu. Diterbitkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...